Hujung minggu lalu tular pelbagai video di media-media sosial memaparkan sebuah SUV Lexus RX berwarna hitam merempuh enam buah kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat. SUV berkenaan kemudiannya dilihat terbalik dengan pemandunya dilihat seperti luar kawalan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia, kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 10.30 pagi di lampu isyarat berhampiran Lebuhraya Bukit Jalil, Kuala Lumpur arah bangunan Astro menghala ke bulatan Lumba Kuda.
Dalam kenyataan tersebut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin mengesahkan bahawa pemandu Lexus RX berkenaan yang berumur 40 tahun telah pun ditahan serta dikesan positif ganja.
“Kenderaan tersebut kemudiannya melanggar enam buah kenderaan lain yang ketika itu sedang berhenti menunggu lampu isyarat
“Kemalangan mengakibatkan kenderaan yang terlibat mengalami kerosakan, bagaimanapun kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan,” katanya.
Zam turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana- mana balai Polis berhampiran.


Lexus RX
dari RM468,888
Lexus GX
dari RM780,000
Lexus LBX
dari RM238,888
Lexus RZ
dari RM429,888
Lexus LM
dari RM1,228,000
Lexus NX
dari RM395,888
Lexus LS
dari RM1,188,000
Lexus LC
dari RM1,379,000