
Jika anda peminat tegar jenama MINI, jangan lupa untuk meluangkan masa berkunjung ke MINIfest 2023 yang dianjurkan oleh MINI Malaysia, pada 22 Julai ini bertempat di Tiffin at the Yard di Sentul Depot dari jam 11 pagi hingga 9 malam.
Dengan semangat ?Big Love? dan ?Big Fun?, penganjuran MINIfest ini membariskan banyak aktiviti menarik seperti pameran kenderaan MINI, sesi pandu uji yang eksklusif, sesi melukis secara ?live?, serta aneka program hiburan dan bengkel untuk membangkitkan semangat di dalam kalangan warga MINIacs sebagai sebuah keluarga besar.
Selain itu, aktiviti lain yang bakal turut diadakan termasuklah MINI Slingshot yang pastinya mencabar adrenalin anda, jualan makanan dan barangan lain. Para pengunjung juga berpeluang menyertai pelbagai sesi cabutan bertuah yang dijadualkan sepanjang hari tersebut.
MINI Malaysia turut bekerjasama dengan Modle Play dengan menganjurkan dua bengkel khas untuk memperkasa minda golongan muda dengan aktiviti membangunkan jentera MINI berkuasakan bateri, manakala bengkel yang kedua akan mencungkil kreativiti para pengunjung melalui aktiviti reka suai rantai kunci dan barang kemas MINI. Selain menyediakan ruang untuk kanak-kanak bermain.
Untuk pengunjung dewasa pula, sesi pandu uji model MINI termasuk jentera MINI Countryman dan
MINI Electric turut dianjurkan. Hadiah eksklusif juga akan diagihkan kepada 200 pengunjung terawal yang telah pra-daftar sahaja. Manakala 300 pengunjung pra-daftar yang seterusnya akan dihadiahkan baucar F&B yang serba unik. Jangan lupa untuk mendaftar kehadiran anda di MINIfest 2023 menerusi PAUTAN INI.
