
Seorang pemandu BMW 5 Series dirakam memandu melawan arus sebelum kenderaannya merempuh sebuah Perodua Bezza pada awal pagi tadi. Insiden berkenaan yang berlaku di Lebuhraya Tun Dr lim Chong, menghala ke Perai, berhampiran Jambatan Pulau Pinang, telah menyebabkan kedua-dua pemandu BMW dan Bezza tersebut mengalami kecederaan, laporan Berita RTM.
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah acapkali mengeluarkan amaran berhubung dengan kesalahan memandu melawan arus ini di mana pemandu dan penunggang yang melakukan kesalahan tersebut termasuk yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain, boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 42(1), Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan.
“Sekiranya didapati bersalah, pengguna jalan raya boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 serta tidak melebihi RM15,000. Seseorang yang disabitkan di bawah seksyen ini juga hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun dari tarikh sabitan,” kata PDRM.

BMW M3 Touring
dari RM898,800
BMW iX1 L
dari RM252,800
BMW iX
dari RM425,800
BMW X3
dari RM325,800
BMW M5
dari RM1,188,800
BMW M4 Coupe
dari RM878,800
BMW 2 Series Gran Coupe
dari RM173,800
BMW 3 Series
dari RM265,800
BMW 3 Series M
dari RM388,800