Chrysler 300C limosin rosak di Jalan Klang Lama

Ini situasi yang jarang-jarang kita boleh tengok berlaku. Harvinder Singh (paultan.org) terserempak dengan sebuah limosin panjang Chrysler 300C ? yang tersadai di tengah jalan dan menghadang lalu lintas di Jalan Klang lama.

Limo ini adalah berdasarkan siri 300 generasi kedua, yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 2011. Dalam versi 300C ini, ia menggunakan enjin 5.7 liter Hemi V8 yang menjana sebanyak 368 hp (363 hp) dan 534 Nm tork. Itu mencukup untuk menarik badan kereta ini yang mungkin mencecah panjang sembilan meter.

Chrysler 300C limosin rosak di Jalan Klang Lama

Semakan dalam talian mendapati, ada beberapa syarikat tempatan yang menawarkan limosin panjang 300C ini untuk disewa. Bahkan, ada yang menawarkannya untuk dijual, begitu juga dengan versi 3.6 liter Pentastar V6 yang juga ada untuk dijual.

Jika berada di kawasan sekitar itu tadi dan hairan mengapa trafik sesak, maka ini mungkin salah satu puncanya.