PLUS umum hentian sebelah Plaza Tol Nilai ditutup sementara hingga 31 Dis 2024 untuk dinaiktaraf

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan semua kemudahan di hentian sebelah di Plaza Tol Nilai, Lebuhraya Utara-Selatan ditutup sementara sehingga 31 Disember 2024. Ia adalah bagi melaksanakan kerja-kerja naiktaraf di hentian terbabit.

“Sebagai alternatif sepanjang tempoh tersebut, pengguna lebuhraya dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan yang disediakan di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian-hentian sebelah atau stesen-stesen minyak lain yang berdekatan.

“Pengguna lebuh raya juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Pembantu Maya ? PUTRI, Aplikasi X@plustrafik, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih. Orang ramai juga boleh menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000 sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan,” kata PLUS menerusi kenyataan yang dikeluarkan.