Proton lantik Ainol Azmil sebagai pemangku timbalan CEO, ganti Roslan Abdullah yang meletak jawatan

Proton mengumumkan bahawa ia melantik Ainol Azmil sebagai pemangku timbalan CEO berkuat kuasa 10 Jun 2025 bagi menggantikan tempat yang akan ditinggalkan oleh Roslan Abdullah. Dengan jawatan baharu ini Encik Ainol akan melapor kepada CEO Proton Dr Li Chunrong, namun beliau akan terus menjalankan portfolio sedia ada dalam Strategi Korporat dan Perolehan Teknikal Kumpulan.

?Proton mengalu-alukan Ainol Azmil sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif. Kami yakin dengan kemampuannya untuk mengambil alih jawatan sementara ini. Pada masa yang sama, Proton ingin menyampaikan penghargaan tertinggi kepada Roslan Abdullah atas sumbangannya kepada syarikat dan mengucapkan selamat maju jaya dalam usaha-usahanya yang akan datang,? kata Dr Li.

Roslan menyertai Proton sejak 1 Jun 2020 dengan dilantik sebagai Naib Presiden, bahagian Pemasaran dan Jualan untuk Proton dan juga sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Proton Edar Sdn Bhd (PESB) selepas meninggalkan Honda Malaysia Sdn Bhd (HMSB) sebagai Ketua Pegawai Operasi. Beliau kemudiannya dilantik timbalan CEO Proton pada 1 Januari 2022 bagi menggantikan Dato? Radzaif Mohamed yang telah bersara dari jawatan berkenaan pada 31 Disember 2021.

Bersama Proton Roslan telah membantu jenama automotif nasional itu untuk mengukuhkan kedudukannya di Malaysia sambil juga memasuki pasaran EV dengan produk pertamanya, Proton e.MAS 7.