Proton Saga MC3 2026 – tempahan cecah 30,000 unit!

Ketika berlangsungnya acara Proton Tech Showcase di Pusat Kecemerlangan Proton (CoE) pagi ini, CEO syarikat itu Dr Li Chunrong memaklumkan bahawa Saga MC3 2026 yang baru sahaja dilancarkan akhir bulan lalu kini sudah pun mengutip sebanyak 30,000 unit tempahan!

Proton Saga MC3 2026 ini ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium, masing-masing dijual pada harga atas jalan tanpa insuran bermula RMRM38,990, RM44,990 dan RM49,990. Sehingga 31 Disember 2025, Proton turut menawarkan rebat tunai sebanyak RM1,000 turut akan diberikan kepada pelanggan, menjadikan harga yang diumumkan ini lebih murah.

Model paling mampu milik dari Proton yang dikemaskini ini dibina berasaskan platform AMA ? ia menggunakan platform Saga terdahulu, tetapi diberikan kejuruteraan semula untuk menguatkan semula kerangka Saga ini dengan menambahbaik beberapa struktur. Antaranya Proton telah menerapkan logam dengan teknologi Hot Press Forming (HPF) pada tiang-B dan juga bahagian cross member pada lantai yang memegang cagak tempat duduk.

Proton Saga MC3 2026 – tempahan cecah 30,000 unit!

Tiada lagi enjin Campro 1.3L pada Saga MC3 ini dan ia digantikan dengan enjin ?i-GT? yang dibangunkan oleh Aurobay. Enjin dengan kod BHE15 berkenaan merupakan enjin dari keluarga yang sama dengan enjin yang kini dipadankan pada X50 facelift.

Untuk Saga, enjin yang dibekalkan adalah dari varian BHE15PFI, iaitu versi tanpa turbo dan hanya hadir dengan sistem suntikan bahan api di port kemasukan udara (PFI), berbanding varian BHE15TD pada X50 yang disuap pengecas turbo serta datang dengan sistem suntikan bahan api terus (T-GDI); ia mampu menghasilkan kuasa 120 PS dan tork maksima 150 Nm.

Dua jenis transmisi ditawarkan untuk Saga ? bagi varian paling tinggi iaitu Premium ia datang dengan kotak gear CVT, manakala dua varian lebih rendah pula iaitu Executive dan Standard, ia datang dengan kotak gear automatik konvensional empat kelajuan 4AT.

Proton Saga MC3 2026 – tempahan cecah 30,000 unit!

Padanan unit rangkaian kuasa ini membolehkan Saga MC3 CVT mencapai penggunaan bahan api serendah 4.9L/100 km dan versi 4AT pula mampu mencapai 5.1L/100 km ? kedua-duanya dalam kitaran ujian tempatan iaitu MDC.

Model ini juga menerima rombakan besar dari segi rupa di mana semua varian kini diberikan lampu hadapan projektor LED, gril dan bampar hadapan baharu, serta lampu belakang juga dengan teknologi LED, bersama bar LED merentangi sepenuhnya but belakang (hanya untuk varian Premium).

Kabin Saga ini juga telah dirombak semula di mana varian Executive dan Premium kini diberikan skrin infotainmen sembilan-inci dengan hubungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, dan semua varian diberikan paparan instrumen digital dengan skrin TFT tujuh-inci dan juga roda stereng lebih sporty rekaan rata di bawah.

Proton Saga MC3 2026 – tempahan cecah 30,000 unit!

Selain itu Saga MC3 2026 dalam varian Premium turut menerima peningkatan drastik dari segi keselamatan di mana ia kini diberikan enam beg udara dan fungsi bantuan pemanduan termaju (ADAS).

Kami telah senaraikan setiap perincian yang diterima untuk setiap varian yang boleh anda baca pada PAUTAN INI. Juga kami sudahpun berpeluang membelek dan memandu uji model ini di Tanjong Malim beberapa minggu yang lalu ? perincian penuh model ini boleh anda baca pada PAUTAN INI, dan ulasan pandu uji ringkas pula boleh anda baca pada PAUTAN INI.

Risalah Proton Saga 2026

Proton Saga 2026 ? Snow White

Proton Saga 2026 ? Ruby Red

Proton Saga 2026 ? Space Grey

Proton Saga 2026 ? Marine Blue

Proton Saga 2026 ? Amour Silver

Proton Saga 2026 Premium CVT

Proton Saga 2026 Executive

Proton Saga 2026 Standard