Kementerian Pengangkutan (MoT) bakal menaikkan kadar saman tidak lagi memandangkan jumlah maksimum RM300 sedia ada dilihat gagal untuk menghalang pemandu untuk terus melakukan kesalahan jalan raya. Perkara ini adalah sebahagian dari pindaan menyeluruh kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang telah dirancang oleh kementerian tersebut dan bakal dibentangkan di Parlimen Isnin ini.
Buat masa sekarang Akta 333 berkenaan telahpun menyenaraikan beberapa kesalahan di mana mereka yang didapati bersalah akan dikenakan denda maksimum RM300. Antara kesalahan biasa dilanggar oleh pengguna jalan raya dan boleh dikenakan saman maksimum tersebut termasuk memandu tanpa lesen memandu atau cukai jalan yang sah, memandu secara melulu (termasuk memecut) dan melanggar lampu merah.
Nilai minimum baharu yang bakal dikenakan tersebut masih lagi belum diumumkan, namun yang pasti ia adalah lebih dari RM300. Pindaan akta yang akan dibuat di Parlimen ini ketika sidang mesyuarat kedua penggal kelima minggu depan.

