Home / Bahasa Malaysia / Berita Tempatan (Page 5)
Search in Berita Tempatan:
-
Chery Tiggo Cross 2025 yang dilancarkan untuk pasaran Malaysia merupakan sebuah SUV kompak yang hadir menduduki posisi agak unik dalam pasaran tempatan — ia menghuni ruangan pasaran di antara SUV kompak dalam segmen A (untuk […]
-
Subsidi RON95 pada harga RM1.99 menelan belanja sehingga RM15 bilion, tidak adil untuk M40 – Rafizi
Bekas menteri ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memberikan pandangannya mengenai pelaksanaan harga baru petrol RON 95 bersubsidi yang ditetapkan pada RM1.99 seliter bermula 30 September ini. Harga ini hanya terpakai kepada individu yang memiliki MyKad […]
-
Ujian kalibrasi kamera AWAS di Terowong Menora/Meru pada 23-25 Sept, 11 malam-3 pagi – PLUS
PLUS Malaysia Behrad (PLUS) telah mengumumkan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan MIROS akan melaksanakan ujian kalibrasi bagi pemasangan Kamera AWAS (Automated Awareness Safety System) di KM258.25 (arah utara) dan KM262.5 (arah selatan) di jajaran […]
-
ECRL kini capai 87% kemajuan setakat Ogos – Loke
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), yang merentasi empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor, telah mencapai kemajuan keseluruhan sebanyak 87% setakat Ogos lalu, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke. Tambahnya, segmen di Terengganu antara […]
-
Perak harap projek pembinaan lebuhraya baharu hubungkan Tanjung Malim-Lumut dapat direalisasikan
Kerajaan negeri Perak mengharapkan projek pembinaan lebuhraya baharu yang menghubungkan Tanjung Malim-Lumut diberikan keutamaan dan perhatian oleh kerajaan Persekutuan menerusi Belanjawan 2026 yang dibentang Oktober ini. Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, ia […]
-
143 ‘ulat teksi’ KLIA ditahan sejak Jan lalu hingga kini; kenderaan boleh dilucutkan hak milik – JPJ Selangor
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor makin mempergiat Operasi Ulat (Op Ulat) di KLIA dan KLIA2 susulan isu tular membabitkan pelancong asing yang dikenakan caj tidak munasabah oleh individu yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa haram. […]
-
Subsidi RON95 – tukar cip MyKad yang rosak secara percuma di kaunter, pejabat JPN; 23 Sept-7 Okt
Susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengenai pelaksanaan inisiatif BUD195 buat rakyat Malaysia, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memberi kemudahan penukaran cip MyKad rosak secara percuma […]
-
GALERI: GAC Emkoo Premium Pro di Malaysia – lebih besar dari Proton X70, dianggar RM130k, 1.5 TGDI
Warisan Tan Chong Automotif (WTCA) iaitu pengedar GAC di Malaysia bakal melancarkan satu lagi model dari jenama China tersebut iaitu SUV segmen-C, GAC Emkoo. SUV ini sebenarnya sudahpun didedahkan beberapa kali sebelum ini termasuk yang […]
-
Pakcik Shell demo pembaca MyKad di pam minyak untuk RON95 bersubsidi RM1.99 – tak perlu ke kaunter
“Pak Cik Shell” yang merupakan Pengarah Urusan Shell Malaysia, Shairan Huzani Husain, telah memuat naik di akaun Instagramnya @pakcikshell satu demo bagaimana pengesahan MyKad untuk pembelian RON95 bersubsidi pada harga RM1.99 seliter berfungsi terus di […]
-
JPJ buka semua cawangan pada hujung minggu untuk baharui lesen memandu – berkuatkuasa 27 Sept-26 Okt
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan bahawa susulan pengumuman Perdana Menteri mengenai pelaksanaaan subsidi petrol RON95, pihaknya bersiap siaga dan bersedia untuk menambah waktu pengoperasian kaunter lesen memandu dan kaunter pelbagai di semua pejabat JPJ Negeri […]
-
Apa jadi dengan penyelarasan subsidi petrol RON 95? Bertahun-tahun bincang, kenapa tak dilaksanakan?
Melalui pengumuman hari ini, Kerajaan Madani akhirnya mengesahkan bahawa subsidi penuh bagi petrol RON95 untuk semua rakyat Malaysia akan diteruskan. Ini bertentangan dengan hasrat yang diluahkan oleh kerajaan sejak beberapa tahun sebelumnya untuk mengurangkan beban […]
-
Pengecualian cukai SST 10% untuk motosikal bawah 150 cc ditarik balik, MASAAM hantar surat rayuan?
Pada tahun 2018, semasa kerajaan beralih daripada sistem cukai GST kepada SST, motosikal kapasiti bawah 150 cc telah diberikan pengecualian, namun ia sudah pun berakhir 30 Jun lalu. Bermakna bermula 1 Julai 2025, motosikal dalam […]
-
Subsidi bersasar RON95 – aplikasi stesen minyak juga boleh diguna, bukan setakat MyKad fizikal sahaja
Sistem subsidi bersasar untuk petrol RON95 tidak akan bergantung sepenuhnya kepada penggunaan terminal pembaca MyKad, seperti yang ditunjukkan dalam sebuah video tular baru-baru ini. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan […]
-
Subaru Forester 2026 dibuka tempahan di Malaysia – rekaan lebih menyerlah; 2.5L boxer, EyeSight 4.0
Subaru Forester generasi ke-enam telah pun dibuka pra-tempahan untuk pasaran Malaysia menjelang pelancaran rasminya tidak lama lagi. Menurut Motor Image Malaysia, SUV ini sedang dipertontonkan di Subaru Petaling Jaya sejak semalam (21 September) sebelum dipamerkan […]
-
GMW Wey G9 dipertontonkan – sistem Hi-4 terkini, 442PS/642 Nm; lancar Q4, dijangka bawah RM300k
Seperti yang kami pernah uar-uarkan sebelum ini, GMW Malaysia nekad untuk melancarkan MPV PHEV mewahnya, Wey G9, sebelum tirai 2025 berlabuh. Namun bagi menambahkan lagi debaran menjelang pelancarannya kelak, Wey G9 atau sebelum ini lebih […]