Nissan Almera kini tampil dengan satu elemen baharu bagi pasaran Malaysia – lampu nyalaan siang LED. Ia telah pun diwar-warkan menerusi laman web Edaran Tan Chong Motor (ETCM) dan laman sosial Facebook bagi mempromosikan kereta sedan segme-B ini, di mana lampu nyalaan siang LED ini dikatakan ditawarkan pada semua varian Almera.
Penambahan lampu nyalaan siang LED ini bertepatan dengan kenaikan harga yang diumumkan oleh ETCM baru-baru ini. Seperti yang dilaporkan pada minggu lalu, Almera 1.5E M/T kini berharga RM68,500, 1.5E A/T pula RM72,200 dan varian tertinggi 1.5V A/T pula RM82,000, semua harga atas jalan tanpa insurans. Harga baharu ini efektif 1 April 2016 lalu, iaitu meningkat RM3,734.88 (5.8%), RM4,521.64 (6.7%) dan RM4,610.88 (6.0%) lebih tinggi, dari sebelumnya.
Jadi, dengan peningkatan harga (disebabkan penukaran mata wang asing, termasuk model seperti Honda, Toyota, Lexus, Mitsubishi, Kia, Peugeot, Citroen, Audi dan Proton yang turut mengumumkan kenaikan harga), pembeli Almera menerima elemen tambahan ini sebagai ‘saguhati’. Elemen-elemen lain masih kekal.
GALERI: Nissan Almera Nismo Performance Package
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.
Saya adalah pengguna almera dan beberapa soalan nak tanya mengenai almera saya.
1.Apa perlu saya check dashcam orignal almera tidak berfungsi?
2. Apa perlu saya check jika tekan lock & unlock bunyi tidak ada?
3. Apa perlu saya check jika lampu DRL almera tidak menyala