Proton Perdana akan menggunakan enjin 2.0L NE01 pada akhir 2017 – dengan transmisi CVT baharu

Perdana_red_front-e1444903108674

Selain barisan enjin baharu Proton yang diumumkan semalam, antara berita lain yang turut disahihkan ialah Proton Perdana akan datang bakal dikuasakan oleh enjin NE01 yang dibangunkan dengan kerjasama Petronas, pada akhir 2017. Ia akan menggantkan enjin Honda R20A3 2.0 liter dan K24Z2 2.4 liter i-VTEC yang dipadankan buat Perdana 2016 yang bakal dilancarkan pada suku pertama tahun ini.

Ini kali pertama Proton mengesahkan enjin baharu sedang dibangunkan dengan empat siri enjin baharu iaitu dua daripadanya enjin dua-silinder, 1.0 liter dan 1.2 liter serta enjin empat-silinder bagi kapasiti 1.3 liter dan 1.5 liter. Di mana ia turut menggunakan teknologi pancitan bahan api secara terus (GDi) dan pancitan bahan api secara terus dengan pengecas turbo (TGDI).

Perdana_red_rear

Bukan itu saja, enjin tersebut juga akan dipadankan dengan transmisi CVT baharu yang juga sedang dibangunkan, sekali gus mengenepikan transmisi automatik lima-kelajuan Honda yang telah lama digunakan. Dengar cerita, ia bakal diproduksikan oleh Jatco, iaitu pakar transmisi CVT dari Jepun, yang pernah menyertai pameran Alami Proton pada tahun lalu.

Menurut CEO Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah, juga terdapat kemungkinan Perdana bakal menggunakan enjin baharu 1.5 liter TGDI. Beliau turut menambah, enjin ini lebih kecil berbanding yang ada pada sedan segmen-D tetapi mungkin mempunyai nisbah kuasa yang hampir menyamai enjin Honda 2.4 liter, yang mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 180 hp dan tork 250 nm.

GALERI : Sesi pengenalan Proton Perdana 2016

GALERI : Proton Perdana versi rendered oleh Theophilus Chin

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required