Datsun redi-GO diperkenalkan di India – dikuasakan enjin tiga-silinder 800cc, harga bermula dari RM15k

2016-datsun-redi-go-debut-india-006-e1460685921559_BM

Datsun redi-GO akhirnya membuat kemunculan sulungnya di Delhi, India. Model kompak dari pengeluar kereta dari Jepun yang digelar “Urban Crossover” tersebut adalah model kedua yang diasaskan dari platform CMF-A hasil Pakatan Renault-Nissan (selepas Renault Kwid) dan tempahanya sudah mula dibuka di India dengan penghantaran pertama kepada pelanggan dijangka akan bermula pada Jun ini.

Harga jualan dijangka bermula dari INR250,000 (RM14.6k) dan akan menghadapi saingan utamanya seperti Renault Kwid, Maruti Suzuki Alto dan Hyundai Eon dalam republik berkenaan secara kompetitif. Seperti yang imej teaser yang disiarkan tempoh hari, versi produksi model ini tampil hampir seiras dengan model konsep redi-GO yang didedahkan pada tahun 2014.

“Dalam lautan pasaran model hatchback, rekaan menarik yang ada pada Datsun redi-GO membantunya untuk lebih menyerlah dari yang lain. Lebih tepat digelar sebagai rekaan YUKAN (berani dan garang), rekaan tersebut mencerminkan individualiti orang yang membeli kereta ini – go-getters yang yakin dan tahu dimana yang mereka mahukan di dalam kehidupan,” kata Vincent Cobee, ketua global Datsun.

Pada bahagian hadapan, hatchback ini menampilkan gril berbentuk heksagon yang besar dan dikelilingi dengan kemasan krom, lampu hadapan reflektor dan apron hadapan berwarna perak yang berfungsi sebagai skid plate perlindungan seperti yang ditampilkan pada crossover lain. Varian tertinggi juga dilengkapi dengan lampu nyalaan siang LED pada bahagian bampar.

Pada bahagian belakang, pintu tailgate direka dengan bentuk berkontur dan dilengkapi dengan lampu belakang menggunakan mentol biasa. Bampar belakang turut disertakan dengan kemasan berwarna perak menyamai rekaan pada bahagian hadapan dan menyerlahkan lagi imej lasak pada redi-GO. Paling utama, kereta ini dikatakan mempunyai kelegaan tanah 185 mm yang didakwa Datsun sebagai terbaik dalam kelasnya.

Datsun turut mendakwa keluasan pada tempat duduk, ruang lutut dan penglihatan pemandu redi-GO juga adalah terbaik dalam kelasnya. Bahagian dalam kereta ini menampilkan roda stereng tiga-jejari, tempat duduk fabrik, liang penghawa dingin berbentuk bulat, unit pemain audio DIN tunggal dan juga tingkap kuasa. Ia juga menampilkan ruang storan yang banyak.

Datsun redi-GO dijana oleh enjin 800 cc petrol tiga-silinder. Jumlah kuasa dan penggunaan bahan api belum lagi diumumkan. Hanya transmisi manual lima-kelajuan ditawarkan untuk redi-GO setakat ini. Datsun juga mendakwa penggunaan bahan api redi-GO adalah yang terbaik dalam kelasnya, tetapi angka sebenar hanya akan didedahkan semasa pelancarannya untuk pasaran kelak.

Gambar semasa acara adalah ihsan dari IndianAutosBlog.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required