Lexus GS F kini di Malaysia, harga RM1.1 juta

lexus-gs-f-060-e1462440320437

Lexus GS F telah pun tiba di pasaran Malaysia, memberikan persaingan sengit buat model-model persaingnya termasuk BMW M5 dan Porsche Panamera. Harga atas jalan yang ditawarkan iaitu RM1.1 juta (termasuk insurans) dilihat memang agak tinggi tetapi pastinya berbaloi dengan segala kelebihan yang dimiliki.

Dijanakan oleh enjin 5.0 V8 N/A, ia mampu menghamburkan kuasa sehingga 477 PS pada 7,100 rpm dan tork 530 Nm dari 4,800 hingga 5,600 rpm. Ia dipadankan dengan transmisi automatik lapan-kelajuan, dan turut menampilkan mod prestasi yang berbeza iaitu Normal, Sport S dan Sport S+ yang sesuai digunakan untuk perlumbaan di trek.

Jentera ini juga mampu dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 4.6 saat dan boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 270 km/j.

GS F turut menampilkan Torque Vectoring Differential (TVD), sama seperti pada model RC F coupe. Sistem ini menampilkan tiga mod iaitu Standard, Slalom (yang memberikan respons lebih optimum pada stereng) dan Track, yang mampu menambahkan kestabilan kenderaan dalam kelajuan yang tinggi.

Selain itu, ia turut menampilkan pengukuhan struktur, sistem suspensin yang unik, spoiler belakang gentian karbon serta brek yang dipertingkatkan, lengkap dengan kaliper oren terang. Bagi rodanya, ia dilengkapi dengan pelbagai-jejari 19-inci yang dibaluti tayar 255/35 di hadapan dan 275/35 di belakang.

Bagi kabinnya, ia turut dilengkapi dengan kekemasan kulit dan gentian karbon, roda stereng F Design, tempat duduk hadapan sport, kawalan suhu automatik zon-berkembar dan skrin multi-vision elektronik 12.3-inci.

Bukan itu sahaja, elemen lain yang ditampilkan termasuklah sistem bunyi Mark Levinson 17-speaker di mana pemandu boleh menyeragamkan bunyi V8 ini ke mod Sport dan Sport+, namun bunyi dari enjin tersebut hanya boleh didengari menerusi speaker belakang.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required