Mazda MX-5 Icon dilancarkan di UK – 600 unit sahaja

Mazda-MX-5-Icon-ND-1-e1466041851282

Pada April lalu, Mazda meraikan produksi ke satu juta bagi MX-5, sebuah roadster ikonik yang popular. Sempena dengan Goodwood Festival of Speed 2016, Mazda UK telah mengumumkan kehadiran versi edisi istimewa bagi meraikan kejayaan model tersebut, iaitu MX-5 Icon.

Terhad hanya 600 unit sahaja, MX-5 Icon bakal ditawarkan untuk para pelanggan di UK pada harga 20,995 pounds (RM121,737). Roadster ini dipadankan dengan enjin petrol 1.5 liter SkyActiv-G bersama kuasa 131 PS. Ia juga ditampilkan dengan dua pilihan warna iaitu Meteor Grey Mica dan Crystal White Pearlescent.

Kedua-dua pilihan turut ditampilkan dengan cermin sisi, spoiler belakang, pelekat jaluran sisi (tidak kelihatan pada foto di sini) dan skirt hadapan, semuanya dalam kekemasan Soul Red Metallic. Manakala roda aloi Gunmetal bersaiz 16-inci turut menyerlahkan lagi gayanya.

Mazda-MX-5-Icon-ND-6

Selain itu, elemen ekstra yang turut ditampilkan termasuklah pengesan parkir belakang, bilah pengilap cermin dengan pengesan hujan dan lampu utama automatik. Di dalamnya, turut dipadankan dengan tempat duduk balutan kulit berwarna hitam.

MX-5 Icon ini adalah berasaskan model ND generasi ke-empat. Sebelum ini MX-5 Icon (NA) 2000 turut diproduksi dengan jumlah 750 unit, yang dijanakan oleh enjin 1.8iS dan bersama warna Art Vin Red Mica.

Kemudian, MX-5 Icon (NB) 2005 pula ditampilkan dengan enjin 1.6 liter atau 1.8 liter bersama empat pilihan warna. Produksi bagi NB Icon sehingga 1,563 unit. Akhir sekali, MX-5 Icon (NC) 2007 dengan produksi 1,250 unit, bersama dua pilihan enjin iaitu 1.8i dan 2.0i. Ia menampilkan pilihan warna termasuk Cooper Red, Stormy Blue dan Marble White.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required