Dalam temuramah sebelum ini bersama bekas Pengerusi Proton,Tun Dr Mahathir Mohamed, didedahkan bahawa Proton Exora generasi baharu hanya akan muncul setelah tiga lagi model baharu 2016 selepas Perdana iaitu Saga, Persona dan MPV berdasarkan Suzuki Ertiga. Kini, pakar rendering kami, Theophilus Chin menggambarkan bagaimana rupa paras Exora generasi seterusnya.
Wajah Perdana iaitu bahagian gril hadapan, lampu hadapan, lampu kabus dan juga penutup hud diterapkan terus ada Exora ini, dan diselaraskan dengan rekabentuk Exora itu sendiri yang lebih pendek pada bahagian hadapan.
Pada bahagian belakang pula, lampu menegak pada Exora sedia ada digantikan dengan lampu melintang dengan rekaan seakan lampu belakang Perdana. Unsur Perdana diteruskan dengan pemadanan kemasan krom yang menghubungkan kedua-dua lampu belakang, merentangi pintu tailgate belakang serta menempatkan logo Proton pada bahagian tengah.
Kemasan akhir pada keseluruhan MPV ini dilakukan dengan pemadanan elemen krom tambahan pada bahagian bawah cermin tingkap, rel bumbung dan juga roda aloi yang diambil terus dari Perdana. Bentuk badan keseluruhan Exora ini juga kelihatan lebih bulat berbanding model sedia ada yang kelihatan berkotak.
Apa pendapat anda dengan buah tangan terbaharu Theo ini? Dan apa pula yang anda harapkan dari Proton Exora generasi seterusnya? Tuliskan pendapat anda pada ruang komen di bawah.
Proton Exora Executive 1.6 CFE 2015



Proton X90
dari RM106,800
Proton S70
dari RM73,800
Proton eMas 7 PHEV
dari RM109,800
Proton X70
dari RM106,800
Proton Saga
dari RM38,990
Proton eMas 5
dari RM59,800
Proton X50
dari RM89,800
Proton eMas 7
dari RM103,800
KALAU MACAM NI PUNYA EXORA…CONFIRM AKU TAK JADI BELI DULU MOV LAIN TUNGGU EXORA BARU NI KELUAR. CUN
Nice…
Kalau Theopilus Chin yang render semua benda nampak nice, tapi in reality..mmm.. Harap Proton dpt improve design Exora selawa mcm ni
very very nice! ini yang kami nak