Proton Persona 2016 atau generasi kedua sudah pun dilancarkan secara rasmi. Jika anda ketinggalan, kami sudah membuat liputan yang menyeluruh berkaitan model ini.
Bermula dengan majlis pelancarannya Selasa lalu, yang antara lain menyaksikan harga jualannya dari RM46,000 hingga RM60,000.
Selain itu, laporan berkaitan penarafan lima bintang bagi Asean NCAP (ia menggunakan platform sama dengan Iriz) turut disediakan.
Bagi anda yang ingin tahu secara ringkas apa kelainan dan kelebihan kereta sedan segmen B terbaharu Proton ini tanpa perlu membaca panjang lebar laporan yang disediakan, kami turut menyertakan video ringkas lapan perkara utama yang perlu anda tahu berkenaan Proton Persona 2016 ini.
Di sini, kami bawakan pula pecahan dan perbezaan bagi setiap varian yang ditawarkan kepada pelanggan. Tiga varian semuanya; Standard, Executive dan Premium (termasuk satu lagi Premium SE dengan tambahan bodykit). Maklumat lanjut tentang pecahan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
Proton Persona 1.6 2016 Standard – RM46,350 (M/T), RM49,350 (CVT)
Varian ini datang dengan dua versi transmisi yang boleh dipilih iaitu manual lima-kelajuan dan CVT automatik. Kedua-dua versi ini hadir dengan ciri-ciri yang sama.
Ciri-ciri
- Ecodrive Assist
- Lampu utama reflektor halogen (tinggi boleh laras)
- Lampu kabus belakang
- Penderia parkir depan dan belakang
- Rim 15-inci kelabu (dengan tayar Silverstone Kruizer)
- Cermin sisi dan pemegang pintu tidak dicat
- Cermin sisi elektrik
- Tiang-B warna badan
- Penghidup enjin kunci dengan kunci kawalan jauh
- Unit audio 1DIN & Bluetooth
- Tempat duduk fabrik
- Tempat duduk boleh dinaikkan
- Kapasiti but belakag 510 liter
- Cagak ISOFIX tempat duduk kanak-kanak
- 2 beg udara
- ABS dengan EBD dan BA
- Vehicle Stability Control (VSC)
- Hill-hold assist
- Brek cakera depan, brek dram belakang
Harga
- 1.6 Standard 5MT – RM46,350 (solid), RM46,800 (metalik)
- 1.6 Standard CVT – RM49,350 (solid), RM49,800 (metalik)
Proton Persona 2016 1.6 Executive CVT – RM55,350
Varian ini hanya hadir dengan kotak gear CVT sahaja.
Ciri-ciri
- Ecodrive Assist
- Lampu utama reflektor halogen (tinggi boleh laras) dengan fungsi automatik
- Lampu kabus hadapan
- Lampu kabus belakang
- Penderia parkir depan dan belakang
- Rim 15-inci perak (dengan tayar Goodyear Assurance)
- Cermin sisi dan pemegang pintu warna badan
- Cermin sisi elektrik
- Tiang-B warna badan
- Penghidup enjin kunci dengan kunci kawalan jauh
- Unit audio 2-DIN & Bluetooth
- Konsol tengah warna kelabu berkilat
- Port mengecaj USB
- 60:40 lipatan kerusi belakang
- Trim pintu fabrik
- Tempat duduk fabrik
- Tempat duduk boleh dinaikkan
- Kapasiti but belakag 510 liter
- Cagak ISOFIX tempat duduk kanak-kanak
- 2 beg udara
- ABS dengan EBD dan BA
- Vehicle Stability Control (VSC)
- Hill-hold assist
- Brek cakera depan, brek dram belakang
- Spoiler but belakang
Harga
- 1.6 Executive CVT – RM55,350 (solid), RM55,800 (metalik)
Proton Persona 2016 1.6 Premium CVT – RM59,350
Varian ini hanya hadir dengan kotak gear CVT sahaja.
Ciri-ciri
- Ecodrive Assist
- Lampu utama reflektor halogen (tinggi boleh laras) dengan fungsi automatik dan follow me home
- Lampu kabus hadapan
- Lampu kabus belakang
- Penderia parkir depan dan belakang
- Rim 15 inci warna perak (dengan tayar Goodyear Assurance)
- Cermin sisi dan pemegang pintu warna badan
- Cermin sisi berkuasa dan boleh lipat
- Tiang-B hitam
- Sistem kunci pintar dengan butang penghidup enjin
- Unit skrin sesentuh (Android) dengan Bluetooth dan kamera undur
- Konsol tengah warna kelabu berkilat
- Port mengecaj USB
- 60:40 lipatan kerusi belakang
- Trim pintu kulit
- Tempat duduk dan stereng kulit
- Tempat duduk boleh dinaikkan
- Kapasiti but belakag 510 liter
- Cagak ISOFIX tempat duduk kanak-kanak
- 6 beg udara
- ABS dengan EBD dan BA
- Vehicle Stability Control (VSC)
- Hill-hold assist
- Brek cakera depan, brek dram belakang
- Spoiler but belakang
- Tambahan RM1,000 bagi bodykit SE
Harga
- 1.6 Premium CVT – RM59,350 (solid), RM59,800 (metalik)
Harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan dengan insuran. Setiap pembelian Proton Persona turut dilindungi dengan waranti selama 5 tahun tanpa had perbatuan. Istimewa untuk pembeli yang menempah Persona sebelum 30 September ini, Proton juga menawarkan servis percuma selama tiga tahun (termasuk alat ganti dan upah).
Untuk anda yang berminat menempah Proton Persona 2016, anda boleh lawati laman Carbase.my untuk spesifikasi penuh serta bantuan dari penasihat jualan di sini.
Proton Persona 2016 1.6 Standard
Proton Persona 2016 1.6 Executive CVT
Proton Persona 2016 1.6 Premium CVT
Proton Persona 2016 1.6 Premium CVT dengan kit badan
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.