Toyota lancar Pixis Joy di Jepun – bermula RM48k

toyota-pixis-joy-18

Jepun memang terkenal dengan pasaran Kei car dan memiliki pelbagai model bagi jenis kereta ini. Terbaru, Toyota telah menambahkan satu lagi variasi untuk barisan Pixis yang diberi nama Pixis Joy. Kehadiran Pixis Joy ini dilihat mampu memberikan impak yang lebih menarik dengan penampilan yang segar dan dipertingkatkan.

Dengan gaya yang lebih lembut, Pixis Joy menerima padanan gril hadapan yang lebih mantap, lampu utama yang lebih berketerampilan dan ruang dalaman yang lebih luas.

Ia ditawarkan dengan tiga varian iaitu C, F dan S, dengan setiap satunya memiliki gaya unik dan warna yang tersendiri. Misalnya varian C, ia dipadankan dengan rim aloi 15-inci dengan lapisan badan “bayangan umpama model crossover“.

Manakala bagi varian F pula, ia paling elegan berbanding dua lagi adik-beradiknya. Dengan menawarkan dua bayangan eksklusif merah jambu serta bahagian hadapan yang lebih menawan. Bagi varian S pula, ia tampil dengan sifat sporty, asli, kekemasan hadapan yang lebih agresif bagi mempertingkatkan ciri aerodinamik, serta kekemasan merah pada bahagian luaran dan dalaman.

Ketiga-tiga varian menggunakan enjin yang sama iaitu berkapasiti 660cc, yang kuasanya disalurkan ke roda hadapan. Malah pembeli juga boleh memilih versi pengecas turbo bagi varian C dan F, sementara varian S telah sedia dilengkapi dengannya secara eksklusif.

Pixis Joy dijual di negara matahari terbit itu pada harga antara ¥1,220,400 (RM48,201) hingga ¥1,620,000 (RM63,984).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required