mazda2-price

Mazda 2 bakal mengalami kenaikan harga mulai 1 Oktober ini, menurut salah satu pengedarnya. Ia melibatkan kenaikan sebanyak RM3,000 bagi model Mazda 2 yang dilengkapi dengan lampu utama LED dan RM2,000 bagi lampu utama halogen.

Buat masa ini, laman web Bermaz memaparkan harga RM85,466 bagi model lampu utama halogen dan RM90,766 untuk model lampu utama LED. Kesemuanya adalah harga atas jalan tanpa insurans, dan warna popular iaitu Soul Red dikenakan caj tambahan sebanyak RM500.

Menurut satu sumber, harga dinaikkan kerana kelemahan nilai Ringgit Malaysia berbanding US dollar. Dan memandangkan Mazda 2 yang dijual di Malaysia adalah diimport dari Thailand, maka harganya dikendalikan dalam US dollar. Selain daripada lampu utama, tiada lagi perubahan pada spesifikasi, menurut Bermaz.

GALERI: Mazda 2 2016 Deep Crystal Blue Mica

GALERI: Mazda 2 2016 Smokey Rose Mica