Satu kerjasama baru telah ditandatangani antara Auto Parts Holdings Sdn Bhd (APM) dan Delta Koygo Co., Ltd untuk pengeluaran komponen tempat duduk bagi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) Mazda CX-5. Hadir pada majlis itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif APM, Low Seng Chee dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Delta Kogyo, Hitoshi Fujita.
Dalam perjanjian ini, satu syarikat Malaysia baru akan diwujudkan, dengan cadangan nama APM Delta Seating Systems Sdn Bhd dan modal dasar RM25 juta, sementara modal berbayar dan dikeluarkan sebanyak RM23 juta akan melihatkan masing-masing APM dan Delta Kogyo memegang saham ekuiti sebanyak 60% dan 40%.
Kerjasama ini bertujuan untuk membekalkan tempat duduk, rangka tempat duduk dan komponen untuk eksport ke negara-negara ASEAN, sambil juga membekalkan komponen untuk kenderaan Mazda yang dipasang di Malaysia – yang juga akan dieksport ke negara ASEAN lain.
Kilang pengeluaran untuk komponen tempat duduk ini berkeluasan 12,856 kaki persegi, terletak di Kulim dan dijangka siap pada Februari 2017. Ini adalah satu program usaha antara Mazda dan Institut Automotif Malaysia (MAI) pada tahun 2012.
Delta Kogyo Co. Ltd yang berasal dari Jepun mengeluarkan bahan-bahan tempat duduk, pelaras gelungsur, penyandar, pelaras ketinggian, penukar gear, penghadang cahaya matahari dan pemeriksa pintu. Syarikat ini juga mempunyai operasi di China, Thailand, Myanmar, Amerika Utara dan Mexico.



Mazda BT-50
dari RM 148,418
Mazda CX-60
dari RM 200,510
Mazda CX-80
dari RM 296,610
Mazda MX-5
dari RM 294,154
Mazda CX-5
dari RM 134,469
Mazda CX-8
dari RM 165,360
Mazda CX-30
dari RM 128,409
Mazda 3 Sedan
dari RM 119,620
Mazda 3 Hatchback
dari RM 119,620