Mitsubishi yakin perkongsian platform Renault-Nissan akan bawa manfaat besar – ganti model Lancer

lancer-gte-watermarked-2

Wakil dari Mitsubishi Motors Australia Limited (MMAL) meluahkan rasa yakin terhadap masa depan jenama itu – kemasukannya menyertai persepakatan Renault-Nissan dijangka akan memberi laluan kepada penghasilan produk baharu yang lebih menarik melalui perkongsian platform.

Seperti dilaporkan CarAdvice, kelebihan yang akan ada akan mendorong kepada pembangunan portfolio produk yang lebih kukuh. Di dalam komentar yang diberikan oleh CEO Bersama Nissan, Hiroto Saikawa, Mitsubishi boleh membangunkan platform bersama-sama melalui persepatakan itu.

“Perkongsian platform akan membolehkan penjimatan kos yang lebih banyak,” jelas Pengarah Eksekutif Pemasaran MMAL, Tony Principe, yang menambah bahawa perkongsian teknologi akan membawa kepada “pengenalan teknologi baharu yang lebih cepat dan murah,” dalam usaha untuk meningkatkan daya saing produk-produk di masa hadapan.

Pendekatan ini dijangka akan merangkum lebih daripada 10 juta kenderaan, dan bahagian-bahagian lain dalam perniagaan berkenaan akan turut menerima manfaat. “Perkongsian bahagian-bahagian lain dalam perniagaan, seperti alat ganti dan aksesori, servis dan pembiayaan kewangan akan turut memberi sumbangan tersendiri,” ujar Principe.

Turut menjadi matlamat kerjasama ini ialah untuk menghasilkan produk yang lebih tinggi kualitinya pada kos yang lebih rendah. Perkembangan ini antara lain memberi kelebihan kepada barisan produk Mitsubishi, yang kini agak lama diperkenalkan. Sebagai contoh, model Lancer, yang kali terakhir menyaksikan perubahan menyeluruh ialah pada 2007.

Model generasi seterusnya bagi Lancer boleh menggunakan platform Common Modular Family (CMF) yang kini digunakan pada model seperti Renault Megane dan Nissan Pulsar, Qashqai dan X-Trail. Pembangunan bersama bagi model generasi seterusnya bagi Nissan Navara NP300 dan Mitsubishi Triton juga boleh menjadi kenyataan kelak.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required