SPYSHOT: Ford Fiesta 2017 – rupa sebenar lebih jelas

ford-fiesta-001_bm

Ford Fiesta generasi baharu dilihat sekali lagi sedang diuji, dan kali ini unit ujian berkenaan tampil dengan penyamaran lebih ringan dari sebelum ini. Pelindung bahagian hadapan dan bahagian belakang pada unit ujian sebelum ini telah pun dibuka menampakkan rekaan yang lebih lebar dan rata berbanding model sedia ada. Ini membuatkan Fiesta 2017 kelihatan lebih rendah berbanding pesaing-pesaingnya dalam kelas hatchback segmen-B.

Dalam ujian kali ini juga dilihat ia tampil dengan set roda berbeza saiz, menandakan ia dari varian berbeza, serta ada juga unit yang sudah memperlihatkan bahagian quarter window belakang menampilkan rekaan tiang-C pada model lima pintu ini agak seiras dengan model tiga pintu. Antara unit ujian ini juga ada yang telah memperlihatkan rupa sebenar liang kemasukan udara – manampilkan rekaan yang menegak.

ford-fiesta-004_bm

Walau bagaimanapun, imej-imej baharu yang diterima ini masih lagi belum memperlihatkan bahagian dalaman Fiesta generasi baharu berkenaan. Namun, mengikut jangkaan sebelum ini bahagian dalaman akan diberi perhatian dari segi material binaan akan ditingkatkan, skrin sesentuh kapasitif besar lapan inci pada sistem infotaimen SYNC 3 turut akan dipadankan.

Ford Fiesta 2017 bakal dijana dengan pilihan enjin 1.0 liter EcoBoost turbo tiga-silinder dan 1.5 liter TDCI empat-silinder turbodiesel. Pilihan enjin NA berkapasiti 1.25 liter, 1.5 liter dan 1.6 liter pada model sedia ada mungkin akan disingkirkan menerusi model generasi berikutnya ini.

Tidak ketinggalan, Fiesta 2017 turut bakal hadir dengan varian ST, yang kini juga akan tampil dengan bentuk badan lima pintu, manakala jentera perlumbaan sebenar Fiesta WRC 2017 turut dilihat sedang diuji sebelum ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required