Citroen C3 WRC 2017 didedahkan – tampil lebih agresif dan ekstrem berbanding model konsep

Citroen C3 WRC 2017 didedahkan – tampil lebih agresif dan ekstrem berbanding model konsep

Menjelang pusingan pembukaan Kejohanan Rali Dunia (WRC) 2017 yang akan bermula di Monte Carlo Januari ini, pasukan Citroen telah mendedahkan jentera mereka secara rasmi – Citroen C3 WRC 2017.

Jentera rasmi sebenar ini nampaknya lebih ekstrem dan agresif berbanding model konsep jentera berkenaan yang telah didedahkan September lalu. Seperti juga pasukan lain, undang-undang WRC tahun ini membolehkan enjin 1.6 liter turbo empat-silinder dengan sistem suntikan bahan api terus pada C3 ini membolehkan ia menghasilkan kuasa 380 hp/400 Nm dengan tekanan boost dihadkan pada 2.5 bar.

Enjin berkenaan dipadankan pada kotak gear enam-kelajuan sequential, mengalirkan kuasa ke keempat-empat roda. Selain dari LSD mekanikal yang dipadankan pada gandar hadapan dan belakang, undang-undang WRC musim 2017 turut membenarkan penggunaan LSD hidraulik yang dikawal secara elektronik, untuk membahagikan tork dengan lebih tepat antara roda hadapan dan belakang untuk mengurangkan understeer dan meningkatkan daya cengkaman.

Citroen C3 WRC 2017 didedahkan – tampil lebih agresif dan ekstrem berbanding model konsep

Walaupun dibina berasaskan badan C3 lima-pintu hatchback produksi, pintu belakang jentera WRC ini tidak lagi boleh dibuka. Dimensi jentera ini juga dilebarkan mengikut dimensi maksimum yang dibenarkan iaitu 1875 mm. Selain dari kit badan lebar yang agresif, C3 turut dipadankan dengan spoiler belakang yang besar.

Sistem suspensi untuk jentera baharu ini turut dirombak semula, menampilkan geometri yang boleh diolah untuk laluan permukaan tar atau laluan batu kerikil. Berat keseluruhan kereta ini turut dipastikan berada pada berat minima yang dibenarkan iaitu 1,350 kg, termasuk pemandu dan juruarah. C3 WRC 2017 akan dipandu oleh Kris Meeke yang turut terlibat dalam pembinaan kereta ini, bersama Craig Breen dan Stéphane Lefebvre.

Menurut pengurus besar Citroen Racing Yves Matton, sasaran pasukannya untuk musim 2017 ini adalah untuk “memenangi perlumbaan dalam keadaan normal, dengan menewaskan pesaing kami.” Citroen juga “mensasarkan untuk membawa pulang paling kurang satu daripada gelaran dunia” menjelang 2018 nanti.

Citroen sebelum ini mendominasi WRC menerusi bekas pemandunya Sebastien Loeb, yang memenangi gelaran juara dunia sembilan kali berturut-turut bermula tahun 2004 hingga 2012. Dominasi tersebut akhirnya dipecahkan oleh Sebastien Ogier dari pasukan rali dunia Volkswagen dengan bergelar juara dunia empat kali berturut-turut bermula 2013 hingga 2016, sebelum pasukan tersebut mengumumkan untuk menarik diri dari WRC bermula musim hadapan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required