AWAS senarai 23 kesalahan jalan raya utama – JPJ

AWAS senarai 23 kesalahan jalan raya utama – JPJ

Semalam Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang menyatukan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) telah diumumkan akan berkuatkuasa sepenuhnya pada 15 April ini.

Sebelum ini terdapat laporan yang menyebut ini akan dimulakan dengan dua kesalahan iaitu melebihi had laju dan melanggar isyarat lampu merah. Kesemua pengguna jalan raya akan bermula dengan diberikan 20 mata, dan lesen mereka akan digantung sekiranya kesemua mata telah ditolak (saman juga akan diberikan pada setiap kesalahan dilakukan).

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Nadzri Siron memaklumkan, sebanyak 23 kesalahan jalan raya akan dimasukkan dalam AWAS di bawah sistem mata demerit, secara berperingkat menjelang akhir tahun ini, laporan Berita Harian.

“Ia bermula dengan kesalahan memandu melebihi had laju dan pelanggaran lampu merah, yang akan dikuatkuasa pada 15 April ini. Selain itu, kesalahan ingkar arahan pegawai penguatkuasa seperti polis, pegawai JPJ, dan warden lalu lintas, tidak memakai tali pinggang keledar, memandu dalam keadaan mabuk, menggunakan telefon bimbit ketika memandu serta tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal juga akan dikuatkuasa secara berperingkat,” ujarnya dalam sidang media mengenai Pelaksanaan Sistem Mata Demerit 2017 hari ini.

Tambah beliau, antara kesalahan lain yang akan dikenakan mata demerit ialah membawa lebih muatan daripada had ditetapkan dan muatan terjatuh atau tumpah sehingga menyebabkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

AWAS senarai 23 kesalahan jalan raya utama – JPJ

Di bawah AWAS, pemandu kenderaan akan dikenakan mata demerit apabila mereka didapati melakukan kesalahan lalu lintas dan mata diberikan berdasarkan jenis kesalahan yang disabitkan. Memberikan contoh pelaksanaan mata demerit, beliau berkata pemandu yang membawa melebihi had ditetapkan, saman yang dikeluarkan bagi kesalahan yang direkodkan AES akan menunjukkan siapa pemandu ketika melakukan kesalahan itu.

“Individu yang membayar kompaun tersebut akan dikenakan mata demerit kerana mengakui kesalahan itu dan mata demerit akan dimasukkan di bawah namanya dan bukan pemilik kenderaan,” katanya.

Nadzri berkata pemandu kenderaan persendirian yang melanggar isyarat lampu merah akan diberi empat mata demerit manakala pemandu kenderaan barangan dan bas pula, enam mata akan diberikan. Bagi kesalahan memandu melebihi had laju yang ditetapkan, pemandu kenderaan persendirian akan diberi empat mata (melebihi 40km sejam) manakala bagi pemandu kenderaan barangan dan bas pula ialah enam mata, katanya.

Beliau berkata pemegang lesen yang mengumpul 20 mata pertama akan diberi amaran manakala 20 mata kedua, lesen pemandu akan digantung selama enam hingga lapan bulan, 20 ketiga (gantung lapan hingga 10 bulan) 20 mata keempat (gantung 10 hingga 12 bulan).

AWAS senarai 23 kesalahan jalan raya utama – JPJ

“Apabila pemandu mengumpul sehingga 100 mata demerit, lesen akan dibatalkan,” katanya.

Bagi pemegang lesen memandu percubaan, Nadzri berkata lesen memandu akan dibatalkan sekiranya mengumpul 20 mata pertama.

Beliau berkata mana-mana pemandu yang lesen memandunya digantung atau dibatalkan perlu menyerahkan lesen memandu di mana-mana pejabat JPJ dan dilarang untuk memandu kenderaan.

“Sekiranya mereka memandu semasa lesen digantung atau batal, mereka boleh didenda tidak kurang daripada RM3,000 dan tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun,” katanya.

Nadzri berkata mana-mana pemegang lesen yang mengumpul sejumlah mata demerit tetapi belum mencapai 20 mata boleh memohon mengikuti kursus pemulihan dan sekiranya lulus kursus tersebut, sejumlah 50 peratus mata demerit yang terkumpul akan ditolak sebagai insentif.

“Pemberian insentif ini adalah hanya sekali dalam tempoh memegang suatu lesen memandu,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required