Kerajaan naikkan 5% duti eksais bagi MPV mampu milik – Honda BR-V, Perodua Alza akan terima kesan

Kerajaan naikkan 5% duti eksais bagi MPV mampu milik – Honda BR-V, Perodua Alza akan terima kesan

Segmen MPV mampu milik menarik banyak perhatian kebelakangan ini, antaranya disumbang oleh pengenalan Honda BR-V Januari lalu, yang sekali gus meletakkan Honda di tempat pertama dalam segmen yang sebelum ini tidak diwakili oleh syarikat itu.

Model MPV tujuh tempat duduk itu menyertai model-model lain seperti Toyota Sienta, Toyota Avanza dan Nissan Grand Livina di dalam pasaran. Dari pengeluar nasional, pengguna turut mempunyai pilihan antara Proton Ertiga atau Perodua Alza – semua model ini berada dalam segmen yang serupa.

Semua model berkenaan juga menggunakan enjin 1,500 cc ke bawah, melainkan Nissan Grand Livina yang menggunakan enjin 1.6 liter – semuanya turut dikenakan duti eksais sebanyak 60%. Kini, jumlah berkenaan telah dinaikkan 5% lagi kepada 65%, merujuk kepada “Perintah Duti Eksais 2017” yang dikeluarkan oleh kerajaan pada 31 Mac lalu. Perintah terbaru ini menggantikan versi yang diguna pakai sejak 2012 lalu, dan berkuatkuasa pada 1 April 2017.

Tidak seperti cukai import, duti eksais dikenakan terhadap semua produk, sama ada diimport atau dikilangkan di sini. Ini bermaksud, Honda BR-V, Toyota Sienta, Toyota Avanza, Perodua Alza dan Proton Ertiga terkesan dengan perkembangan ini.

Bagi Nissan Grand Livina, ia memang dikenakan kadar 65% kerana kapasiti enjin 1.6L yang digunakan, yang berada di dalam kategori 1,500 cc hingga 1,800 cc. Bagaimanapun, kenderaan sedan 1.5L dikenakan 75% duti eksais, jadi kadar terkini yang dikenakan terhadap MPV mampu milik masih lagi rendah berbanding model seperti City atau Vios.

Setakat ini, masih belum ada apa-apa pengumuman daripada pengeluar kenderaan. Tetapi kenaikan ini tentunya akan menyebabkan peningkatan pada harga kenderaan. Jika anda ingin membeli kenderaan kini, ada eloknya dilakukan sebelum harga kenderaan dinilai semula selepas ini. Anda boleh rujuk dan bandingkan harga di CarBase.my.

Kerajaan naikkan 5% duti eksais bagi MPV mampu milik – Honda BR-V, Perodua Alza akan terima kesan

Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebelum ini menyatakan tiada rancangan untuk memansuhkan duti eksais. Cukai import kini makin rendah, disebabkan banyak perjanjian perdagangan bebas dilaksanakan, tetapi duti eksais tertakluk kepada kerajaan.

“Sektor automotif adalah penyumbang yang penting kepada kewangan kerajaan – 75% daripada jumlah duti yang dikumpul dari sektor ini datangnya dari duti eksais,” jelas Menteri MITI, Datuk Seri Mustapa Mohamed pada 2014.

“Tentang duti eksais, pendirian kerajaan adalah seperti berikut. Dengan situasi belanjawan ketika ini, adalah tidak mungkin bagi kerajaan untuk menilai semula duti eksais. Tetapi, sudah tentu, kerajaan akan membuat penilaian terhadap situasi fiskal beberapa tahun selepas ini. Jika keadaannya bertambah baik, kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengurangkan duti eksais secara berperingkat,” tambahnya ketika itu.

Berdasarkan kenyataan berkenaan, dengan suasana ekonomi yang tidak jauh berubah berbanding 2014, tiada kemungkinan untuk duti eksais ini diturunkan dari kadar semasa. Makin naik? Itu kebarangkalian yang selalu ada.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

 

Add a comment

required

required