Saluran youtube 1320 Video yang sering memuat naik video-video perlumbaan drag kini sekali lagi menyiarkan video yang sangat menarik ditonton – kali ini menampilkan Toyota Corolla generasi keempat E7 versi liftback (KE70/TE71) yang diberikan enjin 2JZ bersama sebuah unit pengecas turbo gergasi.
Corolla berkenaan dipandu oleh Ali Alluwaym dari Arab Saudi pada perlumbaan drag Arabian Pro Series pusingan terakhir yang dianjurkan oleh Qatar Racing Club, dalam kategori Outlaw 6 Cylinders. Video ini memaparkan setiap perlumbaan Corolla tersebut pada pusingan kalah mati hingga ke pusingan akhir, yang menyaksikan ia menjadi juara dalam kategori tersebut.
Dapat disaksikan, jentera drag ini mampu memecut pada jarak suku batu dalam masa kurang dari lima saat iaitu sekitar 4.8 saat, menewaskan berberapa buah Nissan Skyline GT-R R32, Nissan Fairlady 300ZX serta sebuah Ford Mustang TB48 ‘Fox Body’ pada pusingan akhir yang enjinya tidak boleh dihidupkan.
Selain dari mengetahui enjin 2JZ berkenaan diberikan turbo gergasi Garrett GT 50, dapat dilihat juga ia masih lagi menggunakan kerangka asal Corolla E7 dengan binaan tube frame pada bahagian hadapan.

Toyota Corolla
dari RM144,800
Toyota Yaris Cross
dari RM99,900
Toyota Hilux
dari RM226,300
Toyota Urban Cruiser
dari RM198,000
Toyota bZ4X
dari RM220,000
Toyota GR Yaris
dari RM315,600
Toyota GR Corolla
dari RM368,950
Toyota Camry
dari RM221,800
Toyota Corolla Cross
dari RM133,800