Range Rover Sport 2018 akan guna enjin petrol 2.0L Ingenium dan tambahan varian plug-in hybrid

Range Rover Sport 2018 akan guna enjin petrol 2.0L Ingenium dan tambahan varian plug-in hybrid

Menurut laman web servis Jaguar Land Rover, model Range Rover Sport 2018 akan ditawarkan dengan enjin empat silinder petrol 2.0 liter Ingenium (menggunakan nama kod AJ200), serta satu varian plug-in hybrid baru yang juga menggunakan enjin aluminium (nama kod AJ200P).

Pada masa ini, SUV tersebut ditawarkan dengan enjin diesel 2.0 liter SD4 Ingenium, yang mampu menawarkan 240 hp dan 500 Nm tork; V6 3.0 liter 340 hp dan 450 Nm, dan V8 5.0 liter petrol 550 hp dan 680 Nm.

Enjin Ingenium petrol oleh syarikat itu mempunyai dua versi – berkemampuan 197 hp (200 PS), dan 247 hp (250 PS). Walaupun tidak dinyatakan secara jelas dalam laman web tersebut, kami menjangkakan versi yang akan digunakan pada Range Rover Sport 2018 adalah yang mempunyai 247 hp, kerana di situ terdapat penggunaan perkataan ‘HIGH‘.

Range Rover Sport 2018 akan guna enjin petrol 2.0L Ingenium dan tambahan varian plug-in hybrid

Sama juga dengan varian plug-in hybrid tersebut, tiada spesifikasi lengkap yang diberikan, tetapi pakej yang pernah diletakkan pada Concept_e PHEV yang ditunjukkan pada tahun 2015 boleh menjadi contoh yang hampir. Enjin konsep itu, yang dipasang pada Range Rover Sport untuk pameran, mampu menghasilkan 296 hp (300 PS) dan digabungkan bersama transmisi lapan kelajuan.

Motor elektrik 201 hp (150 kW) yang diletakkan pada kenderaan itu bukan sahaja dapat membantu memacu kenderaan, tetapi juga bertindak sebagai motor pemula (starter). Motor elektrik ini mendapat kuasa daripada bateri lithium-ion 320 volt yang diletakkan di bahagian but.

Model prototaip yang nampak seperti Range Rover Sport PHEV ini sudah pernah dilihat oleh jurugambar perisik kami, dan ia didapati menggunakan bampar yang berlainan dan rekaan baru untuk lampu hadapannya. Walaupun begitu, pelekat camouflage yang digunakan pada keseluruhan kenderaan telah menyembunyikan sebarang soket mengececas yang terdapat pada kenderaan itu.

GALERI: Range Rover Sport PHEV prototaip

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required