Menerusi jabatan personalisasi dalaman, Lotus Exclusive, jenama pengeluar kenderaan ini telah pun memperkenalkan versi istimewa bagi Evora 410 khas untuk pasaran Amerika Syarikat. Dengan nama gelaran Evora Sport 410 GP Edition, hanya lima unit sahaja yang dikeluarkan, di mana setiap satunya berharga USD110,000 (RM488,290).

GP Edition menampilkan pasukan ikonik Formula 1, Lotus, di antara tahun 1972 dan 1986, dari Type 72 hingga Type 79, dan 98T yang dipandu oleh Ayrton Senna. Kekemasan cat berwarna hitam dan emas pada jentera lumba Lotus, telah ditampilkan pada GP Edition ini.

Seperti mana jentera asalnya, Evora 410 juga lebih ringan dan lebih berkuasa seperti mana Evora 400. Ia juga dilengkapid engan komponen gentian karbon pada bahagian kerangkanya termasuk roda dan cermin hadapan yang lebih ringan, bateri lithium-ion yang baharu, ekzos titanium yang lebih senyap dan satu kepingan tailgate.

Sementara itu, kuasanya mampu melonjak sehingga 400 hp pada 7,000 rpm dan tork mencecah 410 Nm pada 3,500 rpm hasil padanan enjin 3.5 liter supercharged V6. Ia turut dipadankan dengan kotak gear manual enam-kelajuan dengan limited slip differential jenis Torsen sebagai standard, bersama opsyen automatik enam-kelajuan.

Bahagian casis juga telah diberi penambahbaikan termasuk meningkatkan geometri roda, peredam yang diberi talaan semula, menambah kadar gegelung dan merendahkan ketinggian kendalian sebanyak 5 mm, yang mana membuatkan suspensi jentera ini hanya seberat 1,370 kg. Pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan tayar Michelin Pilot Sport 2.

GP Edition ini juga akan menyertai versi produksi terhad bago Evora Sport 410, dalam meraikan ulangtahun ke-40 filem The Spy Who Love Me (Bond – 1977) yang menampilkan Esprit S1.