Nissan Rogue berkonsepkan Star Wars dibawa ke NY

Nissan Rogue berkonsepkan Star Wars dibawa ke NY

Semasa New York Auto Show yang akan dibuka kepada umum 14 April ini, orang ramai akan berpeluang untuk menikmati suasana seperti dalam filem Star Wars yang akan diambil sebagai konsep oleh Nissan di ruang pamerannya. Ini adalah sebagai sebahagian daripada langkah promosi hasil kerjasama syarikat itu dengan pembuat filem “Rogue One: A Star Wars Story,” iaitu Lucasfilm Ltd.

Sudah tentu, beberapa kenderaan edisi khas istimewa untuk filem itu juga akan dibawa untuk menghiasi ruang pameran, dengan yang paling utama adalah model produksi Rogue One Star Wars Limited Edition. Dua lagi Rogue turut diubah suai dengan konsep X-Wing seperti dalam filem tersebut, lengkap dengan peralatan tempur dan grafik khas.

Nissan Rogue juga dikenali sebagai X-Trail di beberapa pasaran termasuk Malaysia, dan September lalu, Nissan telah memperkenalkan model facelift baru yang dinamakan sebagai model tahun 2017 di Amerika Syarikat. Penampilan model ini menjadi semakin garang, dan ia masih lagi dikuasakan oleh enjin empat silinder 2.5 liter dan dittambah dengan pilihan enjin hibrid 2.0 liter.

Model ini lah yang digunakan sebagai asas untuk Rogue One Star Wars Limited Edition, yang dijual di negara itu pada harga $28,950 (RM128,523). Dengan setiap pembelian kenderaan tersebut, pelanggan juga akan diberi helmet replika edisi terhad Death Trooper.

Antara ciri istimewa pada Nissan Rogue One Star Wars Limited Edition adalah warna serba hitam atau putih, lambang Rebel Alliance dan Galactic Empire pada tempat meletak cawan, sulaman Star Wars di alas kaki, plet khas Star Wars di bahagian tepi pintu, lencana serta pelekat sama di beberapa bahagian lain.

GALERI: Nissan Rogue One Star Wars Limited Edition

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required