Crossover konsep Volkswagen I.D bakal buat kemunculan sulung di Shanghai Auto Show 2017

Crossover konsep Volkswagen I.D bakal buat kemunculan sulung di Shanghai Auto Show 2017

Selepas pengenalan model konsep I.D di Paris tahun lalu dan I.D Buzz di Detroit awal tahun ini, Volkswagen bakal memperkenalkan pula siri ketiga dalam keluarga kenderaan elektrik generasi seterusnya di Shanghai Auto Show minggu hadapan.

Volkswagen masih lagi belum mengumumkan nama rasmi kenderaan konsep baharu ini, tetapi ia sah sebuah kenderaan utiliti crossover (CUV) elektrik sepenuhnya pertama dari Volkswagen. Maklumat awal yang diberikan sebelum kenderaan ini didedahkan, VW mendakwa ianya dibina seperti dua I.D sebelum ini – mampu beroperasi secara pemanduan automatik sepenuhnya.

Sistem berkenaan dapat diaktifkan dengan menekan dengan logo VW pada roda stereng, yang kemudiannya roda stereng berkenaan akan termasuk ke dalam kokpit dan akan membentuk unit tunggal paparan dan kawalan digital sepenuhnya. Kombinasi pengimbas laser, penderia ultrasonic/radar dan kamera memberikan fungsi pemanduan sendiri kepada crossover ini.

Kenderaan konsep ini turut menerima sistem pacuan semua-roda, yang dijangka sama seperti yang terdapat pada I.D Buzz. Pada I.D Buzz, sepasang motor elektrik berkuasa 201 hp diberikan pada tiap-tiap gandar, memberikan kuasa keseluruhan 369 hp. Bateri 111 kWh yang dibekalkan pula mampu membawanya sehingga jarak 600 km pada kitaran NEDC. Info penuh berkenaan crossover konsep ini akan didedahkan minggu hadapan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required