Ulangtahun ke-90 kereta pertama Volvo – ÖV4, dirai dengan permulaan produksi SUV XC60 generasi kedua

Ulangtahun ke-90 kereta pertama Volvo – ÖV4, dirai dengan permulaan produksi SUV XC60 generasi kedua

Hari ini, 14 April, genap 90 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1927, kereta pertama keluaran Volvo – ÖV4 – mula diperkenalkan pada dunia. Pada bulan ini juga Volvo bakal memulakan salah satu produk paling pentingnya iaitu SUV Volvo XC60 generasi kedua yang telah diperkenalkan bulan lalu pada Geneva Motor Show.

Volvo melihat permulaan produksi XC60 ini sebagai sesuatu untuk diraikan sebagai pencapaiannya, membawa maksud yang simbolik kepada legasi dan kejayaan mereka mengekalkan prestasi.

“Volvo sangat berbangga dengan sejarahnya. 90 tahun yang berlalu merupakan tempoh yang mengujakan, tetapi 10 tahun sebelum sambutan ulangtahun ke-100 bakal memberikan lebih keterujaan seiring dengan fokus industri yang kini beralih kepada pemanduan automatik, teknologi elektrik dan perhubungan,” kata Håkan Samuelsson, ketua eksekutif Volvo Cars. “XC60 baharu ini dalam banyak perkara telah menjelmakan trend-trend berkenaan,” tambahnya lagi.

Ulangtahun ke-90 kereta pertama Volvo – ÖV4, dirai dengan permulaan produksi SUV XC60 generasi kedua

The new Volvo XC60

ÖV4 merupakan sebuah model yang dibina menggunakan kerangka kayu pokok ash dan pokok bic, tanpa bumbung kekal. Ia dibina dengan rekaan diinsiprasikan kereta-kereta buatan Amerika pada era berkenaan, dan diberikan roda dengan jejari yang turut diperbuat dari kayu. ÖV pada nama kereta ini merujuk kepada perkataan Öppen Vagn dalam bahasa Sweden yang bermaksud open carriage dalam bahasa Inggeris.

Manakala 4 pula merujuk kepada jumlah silinder enjin kereta ini – dijana enjin empat silinder injap sisi 1.9 liter. Enjin tersebut berupaya menghasilkan kuasa 28 hp, digandingkan bersama kotak gear tiga-kelajuan, membolehkan kereta ini mencapai kelajuan maksima 90 km/j. Hanya 275 buah ÖV4 dihasilkan sepanjang produksinya dari 1927 hingga 1929.

Bagi XC60 pula, model generasi pertama SUV berkenaan merupakan antara penyumbang utama jualan keseluruhan Volvo dengan mewakili 30% dari jualan global jenama tersebut. Sejak diperkenalkan pada tahun 2008, jumlah jualannya meningkat tahun demi tahun dan diiktiraf sebagai SUV premium saiz sederhana paling laris di Eropah. Sebelum produksi model generasi baharu ini bermula, model XC60 sebelum ini bakal mencapai angka jualan sebanyak 1 juta unit.

XC60 generasi baharu dijana barisan enjin 2.0 liter Drive-E turbo petrol dan diesel Volvo. Bagi model diesel, pilihan enjin D4 berkuasa 190 hp dan D5 dengan teknologi PowerPulse berkuasa 245 hp ditawarkan. Untuk petrol pula, tiga varian enjin diberikan bermula dengan T5 berkuasa 254 hp, diikuti T6 yang disuap dengan turbo dan supercharge sekaligus menghasilkan 320 hp.

Varian tertinggi XC60 diberikan unit janakuasa T8 Twin Engine Plug-In Hybrid yang menggabungkan enjin petrol T6 dan juga motor elektrik berkuasa 87 hp/240 Nm bersama motor penghidup pengecas yang diletakkan pada aci engkol (CISG) berkuasa 34 kW. Keseluruhan gabungan unit janakuasa ini menghasilkan kuasa 407 hp/640 Nm dan membolehkan SUV ini memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 5.3 saat.

SUV ini dilengkapi dengan sistem keselamatan termaju seperti juga model-model siri-90 termasuk Pengesan Haiwan Besar, Run-off Road Mitigation (untuk mengelakkan ia terbabas ke sisi jalan) dan juga sistem pemanduan separa automatik. XC60 juga menampilkan teknologi yang memberikan bantuan kepada stereng ketika pemandu cuba mengelakkan kemalangan – teknologi pertama seumpanya diperkenalkan oleh Volvo.

GALERI:Volvo XC60 generasi baharu

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required