Harga bahan api mingguan adalah tepat – Johari

Harga bahan api mingguan adalah tepat – Johari

Mulai 1 April lalu, kaedah penetapan harga siling bahan api secara mingguan telah dilaksanakan. Minggu pertama menyaksikan penurunan bagi harga ketiga-tiga jenis bahan api utama iaitu 17 sen bagi RON 95, 19 sen untuk RON 97 dan diesel pula sebanyak 9 sen.

Namun pada minggu kedua, harga bagi RON 95 (+ 3 sen) dan Ron 97 (+2 sen) meningkat serta diesel pula terus turun (-2 sen). Manakala harga bagi minggu ketiga menyaksikan kenaikan bagi ketiga-tiganya iaitu RON 95 dan diesel, masing-masing naik 8 sen dan RON 97 pula naik 9 sen.

Perkara ini masih mengundang ‘cakap-cakap’ di kalangan masyarakat marhaen, ada yang masih tidak terbiasa dengan keadaan ini dan ada juga yang sudah malas mahu ambil kisah.

Walau bagaimana pun, Bernama melaporkan kaedah pengapungan terkawal secara mingguan bagi penetapan harga minyak adalah bertepatan buat masa ini menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Katanya, penentuan harga minyak di Malaysia dipengaruhi pasaran harga bahan api dunia yang tidak tetap.

“Jika dilihat pada permulaan kaedah pengapungan secara mingguan ini dilaksanakan, sebanyak 17 sen telah diturunkan bagi RON95 dan 19 sen untuk RON97 serta sembilan sen bagi diesel. Masyarakat masih lagi mendapat manfaat kerana harganya masih munasabah dan terkawal.

“Bagaimanapun, kerajaan sentiasa bersiap sedia untuk mengambil langkah lebih proaktif sekiranya harga minyak dunia naik secara mendadak,” katanya kepada pemberita hujung minggu lalu.

Beliau mengulas masalah kenaikan harga minyak sebanyak dua kali sepanjang bulan ini yang dilihat membebankan rakyat.

Johari juga tidak menolak kemungkinan peperangan di Syria ketika ini memberi impak kepada kenaikan harga minyak dunia.

“Apabila ada serangan dari Amerika Syarikat terhadap negara itu (Syria) yang merupakan pengeluar minyak di rantau Asia Barat, maka pelbagai pihak berpendapat bekalan minyak dunia akan terganggu. Ini antara berlaku peningkatan harga minyak secara mendadak,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required