Mercedes-Benz Malaysia catat prestasi positif bagi suku pertama 2017 – peningkatan jualan sebanyak 11%

Mercedes-Benz Malaysia catat prestasi positif bagi suku pertama 2017 – peningkatan jualan sebanyak 11%

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) terus mengekalkan momentum positifnya dalam pasaran tempatan dengan mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan tahun ini. Menerusi laporan prestasi yang diumumkan kepada media pada pagi ini, jenama dari Jerman berkenaan masih lagi mendahului segmen kenderaan premium di Malaysia bagi suku pertama 2017 dengan bahagian pasaran kekal 2.3% dan pertumbuhan jualan sebanyak 11% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Angka berkenaan mewakili sebanyak 2,945 kenderaan dari keseluruhan yang telah dijual oleh MBM bermula Januari hingga Mac tahun ini – yang mana Mac juga dicatatkan sebagai bulan terbaik tahun ini, manakala suku pertama terbaik pernah direkodkan juga ialah pada 2017.

Kenderaan-kenderaan yang dihasilkan secara CKD yang terdiri dari C-, E-, dan S-Class telah menyumbangkan rekod jualan sebanyak 1,820 unit dari jumlah keseluruhan. Dari jumlah tersebut, C-Class W205 menjadi penyumbang terbesar dengan jumlah jualan 1,083 unit, diikuti E-Class W213 dengan 610 unit, manakala S-Class W222 pula dijual sebanyak 127 unit.

Mercedes-Benz Malaysia catat prestasi positif bagi suku pertama 2017 – peningkatan jualan sebanyak 11%

Barisan SUV dari Merc pula menyumbang jumlah jualan sebanyak 594 unit sepanjang suku pertama tahun – meningkat sebanyak 247% berbanding tempoh sama pada tahun 2016. Dari kesemua SUV berkenaan, GLC merupakan yang paling laris dengan jualan sebanyak 491 unit. Untuk barisan kenderaan kompak (A-Class, B-Class, GLA dan CLA) pula, ia mencatatkan jualan sebanyak 434 unit.

Peningkatan turut dicatatkan pada barisan model-model pasaran niche Dream Cars untuk suku pertama tahun ini, dengan jualan sebanyak 93 unit atau 365% berbanding tempoh sama tahun lalu.

Bagi servis selepas jualan pula, sebanyak 30,629 unit kenderaan telah diservis pada Q1 2017 menerusi jaringan pusat bertauliah MBM – yang kini telah menjangkau sebanyak 30 pusat termasuk yang terbaharu Mercedes-Benz Cycle & Carrriage Bintang Cheras Autohaus dan juga dua pusat yang telah dikemaskini iaitu Autohaus Mercedes-Benz Mofaz Kota Bharu dan Kuala Terengganu.

MBM turut mendedahkan fasiliti pemasangan tempatannya di Pekan, Pahang turut telah dikembangkan dengan menghasilkan sejumlah 1,977 unit kenderaan untuk program CKD pada suku pertama tahun ini. Kilang tersebut kini menghasilkan 11 varian kenderaan Mercedes-Benz di mana lima daripadanya adalah model C-Class (C 180 Avantgarde, C 200 Exclusive, C 200 Avantgarde, C 250 AMG dan C 350 e plug-in hybrid).

Empat lagi model merupakan dari model E-Class (E 200 Avantgarde, E 250 Exclusive, E 250 Avantgarde dan juga E 350 e plug-in hybrid yang bakal dihantar ke pelanggan bermula suku ketiga tahun ini), manakala lagi dua model adalah S 400 h serta GLC 250 AMG.

Jualan memberangsangkan untuk suku pertama tahun ini turut disumbangkan oleh perkhidmatan yang ditawarkan oleh satu lagi syarikat milik MBM iaitu Mercedes-Benz Services Malaysia (MBSM). Syarikat yang menawarkan pembiayaan untuk pembelian kereta baharu Mercedes-Benz berkenaan telah menjual portfolio servis bernilai RM1.9 bilion untuk Q1 2017 – peningkatan sebanyak 46% pada tempoh sama tahun lalu.

Mercedes-Benz Malaysia catat prestasi positif bagi suku pertama 2017 – peningkatan jualan sebanyak 11%

Syarikat berkenaan turut mendedahkan empat dari sepuluh unit kenderaan baharu yang dijual oleh MBM telah dibiayai dan diinsurankan oleh Mercedes-Benz Financial – servis yang ditawarkan oleh MBSM.

MBM menerusi naib-presiden jualan dan pemasarannya, Mark Raine, turut mendedahkan berberapa penawaran baharu yang bakal ditampilkan pada tahun ini – termasuk satu model facelift, dua model baharu, dua model edisi istimewa serta 14 varian baharu.

Seperti yang kami jangkakan dalam laporan sebelum ini, GLA X156 facelift bakal diperkenalkan di pasaran tempatan tidak lama lagi, manakala Mercedes-AMG E 63 turut bakal tiba pada tahun ini. Selain itu, berberapa lagi model AMG 43 juga bakal di bawa ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required