Ford Mustang dinobat kereta sport paling laris di dunia untuk tahun 2016 dengan jualan lebih 150,000 unit

Langkah Ford untuk memasarkan Mustang pada pasaran yang lebih luas – termasuk Malaysia, merupakan keputusan yang tepat diambil jenama berkenaan. Ini dibuktikan apabila American Muscle ikonik tersebut telah dinobatkan sebagai kereta sport paling laris di dunia untuk tahun 2016, dengan data diperolehi dari IHS Markit global automotive registration dalam segmen kereta sport.

Menurut Ford, lebih dari 150,000 Mustang telah dijual tahun lalu, peningkatan 6% berbanding 2015. Dari jumlah keseluruhan tersebut, 45,000 unit telah dijual di pasaran luar Amerika Syarikat, mewakili pertumbuhan sebanyak 10% pada pasaran antarabangsa.

Mustang kini dijual pada 140 negara di seluruh dunia, dan Ford bercadang untuk membawanya ke enam negara lagi. Ini termasuk Brazil, Kepulauan Palau dan juga Ivory Coast, manakala tiga lagi negara akan diumumkan kemudian. Pencapaian ini dilihat bukan kejayaan biasa memandangkan ia hanya tahun kedua selepas Ford memasarkan Mustang ke luar Amerika secara rasmi.

Ford turut menyatakan sejak eksport Mustang dimulakan pada 2015, sejumlah 98,000 unit model berkenaan telah diserahkan kepada pelanggan di luar Amerika. Jumlah berkenaan adalah sebahagian dari 395,000 unit Mustang generasi-keenam yang diproduksi oleh kilang pemasangan Ford Flat Rock sejak 2015.

Versi facelift Mustang untuk model tahun 2018 telah diperkenalkan, menampilkan barisan enjin yang telah dikemaskini bersama penawaran transmisi automatik 10-kelajuan, selain dari pelbagai peningkatan astetik serta kit-kit tambahan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

 

Add a comment

required

required