Kerusi keselamatan kanak-kanak dalam kenderaan persendirian perlu segera diwajibkan – MACONAS

Kerusi keselamatan kanak-kanak dalam kenderaan persendirian perlu segera diwajibkan – MACONAS

Di Malaysia, bukan satu atau dua kejadian sahaja yang melibatkan kematian kanak-kanak dan bayi yang tercampak keluar dari kenderaan yang dinaiki akibat kemalangan jalan raya. Sudah banyak kali ia terjadi, namun peliknya, masih ramai ibu bapa yang tidak mengambil iktibar daripada kejadian pilu ini. Masih ramai yang membiarkan anak kecil duduk di pangkuan penumpang dewasa atau pun dibiarkan di tempat duduk biasa tanpa diletakkan dalam kerusi keselamatan kanak-kanak/bayi dan tidak dipakai tali pinggang keledar.

Pada November lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak akan diwajibkan mulai tahun 2019, walau pun pelbagai pihak menggesa ia patut dilkuatkuasakan lebih awal dari tarikh yang dicadangkan.

Kemalangan demi kemalangan yang berlaku, termasuk yang terbaru, yang melibatkan empat buah kenderaan di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran kawasan rehat Seremban kelmarin yang menyebabkan kematian seorang kanak-kanak berusia lima tahun dan tiga lagi cedera parah. Kanak-kanak lelaki tersebut, yang dikenali sebagai Muhammad Wafiq Fitri Walilah mati di tempat kejadian selepas terpelanting keluar daripada tempat duduk belakang Honda BR-V.

Ekoran kejadian tesebut, Persatuan Pengguna Malaysia (MACONAS) menggesa kerajaan segera mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak bagi kenderaan persendirian sebagai usaha mengurangkan kematian dan kecederaan bagi golongan berkenaan, laporan Berita Harian.

Menurut Presidennya, Datuk Amarjit Singh Gill, Kementerian Pengangkutan dan agensi kerajaan berkaitan dilihat tidak begitu kuat iltizamnya untuk menguatkuasakan peraturan itu walaupun MACONAS sendiri sudah mencadangkan perkara itu sebelum ini.

Kerusi keselamatan kanak-kanak dalam kenderaan persendirian perlu segera diwajibkan – MACONAS

“Bukan sahaja orang dewasa yang berhak dalam soal keselamatan, bahkan ia juga harus diberikan kepada kanak-kanak dan bayi dalam kenderaan. Adalah sesuatu menyedihkan apabila mendapat tahu terdapat nyawa melayang dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Seremban semalam, disebabkan tiada pemasangan kerusi keselamatan untuk kanak-kanak,” katanya.

Amarjit percaya jika kanak-kanak terbabit dipakaikan tali pinggang keledar dan duduk di kerusi keselamatan untuk kanak-kanak, kehilangan nyawa dapat dielakkan serta menghalang kejadian terhumban keluar akibat kesan kemalangan.

Katanya lagi, ribuan kenderaan berada di atas jalan raya dalam sehari dan kanak-kanak daripada usia bayi hingga lima tahun sentiasa berada dalam keadaan berisiko dan ibarat dalam situasi `bom masa’ kerana duduk di tempat duduk penumpang belakang tanpa sebarang ciri keselamatan.

Katanya, berdasarkan kajian sebelum ini, perangkaan menunjukkan penggunaan kerusi keselamatan boleh mengurangkan risiko kematian sebanyak 71% bagi bayi dan 54% untuk kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun.

“Jika kita serius untuk meningkatkan keselamatan jalan raya, kita juga perlu serius dalam memastikan langkah pencegahan dilakukan dalam memastikan keselamatan penumpang dalam kenderaan,” katanya.

Sila baca artikel kami sebelum ini, “Kerusi keselamatan bayi/kanak-kanak: Sejauh mana kesedaran ibu bapa terhadap penggunaannya?”, moga ia membabitkan kesedaran di kalangan kita semua.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required