Volkswagen Tiguan 1.4 TSI perkenal warna baharu Crimson Red – tempahan makin menggalakkan

Volkswagen Tiguan 1.4 TSI perkenal warna baharu Crimson Red – tempahan makin menggalakkan

Pada 5 April lalu, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan model Tiguan 1.4 TSI untuk pasaran Malaysia. Ia ditawarkan dengan dua varian iaitu Comfortline berharga RM148,990 dan Highline pula RM168,990. Setiap pembelian turut disertakan sekali dengan waranti pengeluar selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Lebih sebulan dilancarkan, permintaan yang tinggi terhadap model SUV ini dilihat semakin melonjak, mendorong VPCM untuk mempertingkan lagi produksi mereka bagi memenuhi permintaan ramai.

Bahkan, VPCM baru sahaja mengumumkan pengenalan warna baharu bagi barisan Tiguan 1.4 TSi, Crimson Red, menambah pilihan kepada warna sedia ada iaitu Deep Black, Pure White, Atlantic Blue, Indium Grey dan Tungsten Silver.

Kedua-dua varian Tiguan dijana oleh enjin TSI 1.4 liter berkuasa 150 PS pada takat 6,000 rpm dan tork maksima 250 Nm bermula 1,500 rpm hingga 3,500 rpm. Kuasa dialirkan kepada transmisi klac berkembar jenis basah enam-kelajuan automatik DSG, memacu roda hadapan. Padanan ini memberikan penggunaan bahan api 6.7 L/100 km, membolehkan Tiguan mendapat pengiktirafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) untuk pasaran Malaysia.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perincian dan spesifikasi penuh Tiguan ini, sila layari CarBase.my. Dan ikuti ulasan pandu uji SUV ini DI SINI.

GALERI: Volkswagen Tiguan 1.4 TSI

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required