Jaguar Land Rover berganding dengan Gorillaz untuk cari bakat kejuruteraan elektronik melalui aplikasi

Jaguar Land Rover berganding dengan Gorillaz untuk cari bakat kejuruteraan elektronik melalui aplikasi

Jaguar Land Rover dan sebuah kumpulan muzik virtual, iaitu Gorillaz kini sedang bekerjasama untuk mencari rekrut baru bagi jurutera elektronik dan perisian melalui cabaran yang dibuat dalam satu aplikasi khas. Aplikasi yang dinamakan sebagai Gorillaz App tersebut boleh dimuat turun di dalam iTunes App Store dan Google Play secara percuma.

Peserta terbaik yang mengambil bahagian dalam cabaran aplikasi ini akan pergi ke tahap seterusnya dalam proses pengambilan pekerja, dan seterusnya berpeluang untuk menjadi antara yang bertuah dapat mengisi ribuan kerja kosong baru yang dibuka oleh syarikat tersebut.

Cabaran aplikasi ini adalah satu perubahan besar dalam cara sesebuah syarikat mencari pekerja baru, dan ia diharap dapat mengisi ruang kemahiran kejuruteraan dan memberi inspirasi dan menarik mereka yang mempunyai pelbagai bakat dan cara pemikiran.

Cabaran dalam aplikasi ini terbahagi kepada beberapa tahap, dan antara yang terawal adalah melibatkan pengetahuan tentang kereta elektrik, pemasangan kereta Jaguar I-PACE Concept dan pembelajaran tentang prestasi kereta tersebut. Peringkat yang lebih mencabar melibatkan kod dan format komputer serta elektronik.


Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required