Pemandu teksi boleh guna aplikasi mudah alih UberTaxi untuk ambil penumpang tidak lama lagi

Pemandu teksi boleh guna aplikasi mudah alih UberTaxi untuk ambil penumpang tidak lama lagi

Tidak lama lagi, anda sebagai penumpang boleh mendapatkan perkhidmatan teksi menggunakan aplikasi Uber, begitu juga pemandu teksi bakal mendapat manfaat dari aplikasi perkongsian kenderaan berkenaan. Menurut laporan lowyat.net, Uber telahpun menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Gabungan Persatuan dan Syarikat-Syarikat Teksi Semenanjung Malaysia (GPST) yang didakwa mewakili 90% daripada semua pemegang permit teksi di Malaysia yang terdiri dari 28,000 teksi.

Servis berkenaan dikenali sebagai UberTaxi, dan peringkat pertama akan membabitkan seramai 500 pemandu teksi yang akan menggunakan apliksi tersebut dengan struktur tambang sama seperti UberX. Kelebihan teksi dengan aplikasi Uber ini berbanding pemandu biasa ialah mereka masih boleh mengambil penumpang yang menahan secara konvensional.

Pemandu teksi yang menggunakan servis ini juga perlu memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan sama seperti pemandu Uber biasa. Mereka perlu menjalani semakan latar belakang dan juga teksi yang digunakan perlulah berumur lima tahun ke bawah. Walau bagaimanapun, laporan dari portal atas talian berkenaan menyatakan masih lagi belum jelas bagaimana teksi-teksi tersebut boleh memenuhi spesifikasi yang diperlukan, atau syarikat teksi akan mengeluarkan modal bagi membeli kenderaan baharu.

Pemandu teksi boleh guna aplikasi mudah alih UberTaxi untuk ambil penumpang tidak lama lagi

“Uber percaya kerjasama ini akan memberikan demonstrasi yang nyata bagaimana untuk memberikan kuasa memilih kepada orang ramai dengan hanya menekan butang menjadikan banyak perkara lebih baik untuk semua – pemandu-rakan kongsi, penumpang, dan juga bandar,” kata Warren Tseng, pengurus besar Uber Malaysia dan Singapura.

“Kami menyokong niat kerajaan untuk memperbaiki lanskap pengangkutan awam secara keseluruhan dan akan kami akan memainkan peranan kami bagi memastikan kualiti pengalaman untuk semua penumpang dan pemandu-rakan kongsi. Sejak dilancarkan tiga tahun lalu, Uber telah terus berusaha untuk memperkasakan penumpang, pemandu-rakan kongsi dan bandar-bandar Malaysia dengan kuasa pilihan hanya menekan butang,” tambahnya.

Kerjasama ini sepatutnya ditandatangani Mac lalu, tetapi terpaksa ditunda selepas sekitar 100 orang pemandu teksi menyatakan bantahan mereka terhadap langkah tersebut. Buat masa sekarang, bukan Uber sahaja aplikasi e-hailing yang bekerjasama bersama teksi – Grab telah melakukannya lebih awal pada tahun 2012, ketika itu dikenali sebagai MyTeksi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required