MRT anggar 400k penumpang setiap hari, mampu kurangkan 160k kenderaan masuk ke pusat bandar

MRT anggar 400k penumpang setiap hari, mampu kurangkan 160k kenderaan masuk ke pusat bandar

Dianggarkan seramai 400,000 penumpang bakal menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) beroperasi sepenuhnya mulai 17 Julai ini, setiap hari. Malah Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) turut menjangkakan ia mampu mengurangkan 160,000 kenderaan di atas jalan setiap hari.

Menurut Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan MRT, Datuk Najmuddin Abdullah, penggunaan perkhidmatan Laluan SBK sejauh 51km itu dapat menangani masalah kesesakan lalu lintas secara drastik di ibu kota.

“Sebuah tren dengan empat gerabak boleh membawa 1,200 penumpang dengan selesa…bayangkan ruang yang diperlukan jika setiap penumpang ini terus menggunakkan kenderaan masing-masing untuk berulang-alik dari rumah ke tempat kerja. Malah pemilih kenderaan juga dapat menjimatkan masa dan kos perbelanjaan,” ujarnya kepada Bernama.

Beliau berkata hampir dua juta orang telah menggunakan perkhidmatan MRT sejak fasa pertama Laluan SBK meliputi jarak sepanjang 21km dari Sungai Buloh ke Semantan mula beroperasi sejak Disember tahun lepas.

MRT anggar 400k penumpang setiap hari, mampu kurangkan 160k kenderaan masuk ke pusat bandar

Bagi kemudahan pemilik kenderaan, Najmuddin berkata MRT menyediakan 14 tempat letak kereta bertingkat dan terbuka dengan 8,000 petak di stesen-stesen sepanjang Laluan SBK bagi menggalakkan lebih ramai orang menggunakan perkhidmatan itu untuk berulang-alik ke pusat bandar.

Bukan itu sahaja, sejumlah 300 bas pengantara akan beroperasi bagi membawa orang ramai ke stesen berdekatan dengan setiap bas berkapasiti 62 penumpang dengan kekerapan setiap 10 minit.

Rapid Rail turut meramalkan bilangan pengguna akan meningkat 10 kali ganda pada masa masa akan datang daripada purata 15,000 penumpang sehari kepada 150,000 penumpang sebaik sahaja fasa dua laluan Semantan-Kajang dibuka.

Menurut Najmuddin, satu lagi faktor yang akan menggalakkan orang ramai menggunakan kemudahan tersebut ialah faktor tambang yang berpatutan.

MRT anggar 400k penumpang setiap hari, mampu kurangkan 160k kenderaan masuk ke pusat bandar

Misalnya, beliau berkata, tambang tiket dari Sungai Buloh ke Kajang hanya RM5.50 dengan penggunaan kad Touch N’ Go dan RM4.60 untuk bayaran tunai dan masa perjalanan adalah kira-kira 80 minit.

“Bayangkan jika anda memandu dari Sungai Buloh ke Kajang dari segi masa, kos petrol, tol serta tekanan yang anda perlu lalui tetapi dengan menggunakan perkhidmatan MRT, anda mendapat banyak faedah dari segi ekonomi, penjimatan kos dan masa serta kurang stres serta dapat melakukan perjalanan dengan selesa,” katanya.

Laluan fasa kedua ini bakal melengkapkan Laluan SBK sepanjang 51 km dengan melalui kawasan berpopulasi tinggi seperti Kajang dan Cheras serta destinasi popular pelancong seperti Muzium Negara dan Pasar Seni. Ia melibatkan laluan sejauh 30km yang mempunyai 19 stesen termasuk tujuh stesen bawah tanah. Majoriti stesen berkenaan dibina di kawasan strategik yang tidak ada perkhidmatan rel bandar.

Daripada jumlah stesen itu, 14 stesen iaitu Muzium Negara, Tun Razak Exchange Centre, Cochrane, Taman Pertama, Taman Midah, Taman Connaught, Taman Mutiara, Suntex, Sri Raya, Bandar Tun Hussein Onn, Batu 11, Cheras, Bukit Dukung, Sungai Jernih dan Merdeka terletak di kawasan strategik dan berpopulasi tinggi bagi memudahkan orang awam berulang-alik ke pusat bandar.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required