TINJAUAN AWAL: Honda CR-V 2017 – ketahui perbezaan dan persamaan varian 1.5 turbo, 2.0 N/A

Semalam Honda Malaysia telah pun melancarkan model CR-V generasi kelima untuk pasaran tempatan. Ia dihadirkan dengan dua pilihan enjin iaitu 1.5 liter VTEC Turbo dan 2.0 liter i-VTEC.

Selain itu, untuk pasaran Malaysia, CR-V 2017 ini menawarkan tiga varian turbo dengan model spesifikasi tertinggi 1.5TC-P 2WD yang dilengkapi teknologi terkini Honda Sensing dan LaneWatch. Walau bagaimana pun, dua lagi varian iaitu spesifikasi pertengahan 1.5TC 4WD dan model asas 1.5TC 2WD tidak dilengkapi kedua-dua teknologi berkenaan. Begitu juga dengan varian paling asas dalam barisan CR-V 2017 ialah 2.0 i-VTEC 2WD.

Bagi varian turbo, ia mampu melonjakkan kuasa sebanyak 193 PS dan 243 Nm tork di antara 2,000 hingga 5,000 rpm. Ia sama dengan enjin yang dipadankan pada Civic varian turbo namun lonjakan kuasa bagi CR-V dipertingkatkan sebanyak 20 PS/23 Nm. Manakala model asas 2.0 liter N/A pula dengan hamburan kuasa 153 PS dan 189 Nm. Kedua-dua model mendapat transmisi CVT Earth Dream daripada Honda sendiri, menggantikan unit automatik lima-kelajuan sebelum ini.

Malah untuk barisan CR-V 2017 di Malaysia hanya ditawarkan dengan versi lima-tempat duduk, dan bukannya tujuh-tempat duduk seperti mana yang ada pada pasaran Indonesia dan Thailand. Menurut Honda Malaysia, berdasarkan kajian yang dilakukan di kalangan pelanggan mereka, memang kini trend menukar kenderaan dari sedan ke SUV mula menular, namun rata-ratanya lebih memilih kapasiti lima-tempat duduk kerana mahukan ruang yang lebih luas dan selesa, bukannnya tempat duduk ekstra yang diutamakan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut perbezaan penawaran bagi Honda CR-V 2017 ini, tonton video tinjauan awal terhadapnya yang kami sediakan ini.

GALERI: Honda CR-V 1.5TC-P 2WD

GALERI: Honda CR-V 1.5TC 2WD

GALERI: Honda CR-V 2.0L 2WD bersama pakej aksesori Modulo

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required