VIDEO: Bunyi konfigurasi enjin berbeza dalam MotoGP

Dalam perlumbaan MotoGP, setiap pengeluar mempunyai cara tersendiri untuk memastikan jentera mereka dapat memberikan prestasi terbaik dalam perlumbaan. Selain talaan dalam lingkungan yang dibenarkan oleh peraturan, tetapan enjin jentera yang digunakan juga boleh jadi berbeza di antara pengeluar. Walaubagaimanapun, semuanya masih adalah enjin empat silinder.

Yamaha dan Suzuki menggunakan tetapan enjin empat silinder sebaris, manakala Honda, KTM, Aprilia dan Ducati semuanya menggunakan enjin empat silinder V (V-Four). Walaupun begitu, Ducati cuba meletakkan enjin mereka di tempat tersendiri dengan memanggil tetapannya sebagai L4 90°V.

Melalui video yang dikeluarkan sendiri oleh MotoGP ini, anda boleh mendengar bagaimana perbezaan bunyi enjin yang berlainan ini dan ia sebenarnya adalah sesuatu yang sukar digambarkan dengan perkataan. Selain itu, jika ada yang perasan dan tertanya kenapa bunyi superbike Ducati jelas berbeza dengan model yang dipasarkan kepada awam, ia sebenarnya adalah kerana superbike untuk pasaran awam menggunakan enjin V-Twin (dua silinder) dan bukannya V-Four.

VIDEO: Bunyi konfigurasi enjin berbeza dalam MotoGP

Namun, Ducati bercadang mengeluarkan superbike mereka selepas ini dengan enjin V-Four seperti jentera yang digunakan dalam MotoGP, dan bagi mengingati pemberhentian penggunaan enjin V-Twin, mereka telah mengeluarkan model 1299 Panigale R Final Edition yang merupakan model terakhir menggunakan enjin V-Twin sebelum digantikan dengan V-Four.

Pasang pendengar suara, dan saksikan video ini untuk mengetahui bagaimana tetapan enjin yang berlainan juga boleh menghasilkan bunyi yang berlainan bagi setia jentera. Ini bukan sekadar bunyi ekzos, tetapi juga bunyi yang datang terus daripada enjin tersebut.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required