Toyota Yaris Ativ sedan baharu dilancar di Thai minggu depan – Vios dalam spesifikasi enjin 1.2L

Toyota bakal melancarkan Toyota Yaris Atix sedan baharu di Thailand minggu hadapan, 15 Ogos. Untuk menyemarakkan lagi debarannya, Toyota Thai telah menyiarkan video teaser rasmi mengenai model tersebut, dan Headlightmag turut membocorkan imejnya.

Yaris Ativ merupakan salah satu pelancaran terbesar di Thailand pada tahun ini, malah ia muncul sebagai produk terkini Toyota dan juga Kereta Eko mampu milik. Ia dibangun berdasarkan model semasa Vios (model facelift di Thailand telah diperkenalkan Januari lalu), namun dengan nama baharu, rekaan yang lebih segar dan enjin yang dikecilkan untuk mengikut piawaian Kereta Eko Thailand, dengan had kapasiti enjin 1.2 liter.

Buat masa ini, Yaris hatchback adalah model Kereta Eko dengan enjin 1.2 liter, sementara Vios pula didatangkan dengan enjin 1.5 liter, sama seperti di Malaysia. Yaris Ativ bakal menjadi Kereta Eko sedan pertama Toyota dan mampu menjadi pilihan alternatif serta bersaing dengan Honda Brio Amaze, Mitsubishi Attrage dan Suzuki Ciaz. Yaris hatchback yang dinaiktaraf bakal menyertai Ativ di negara itu tidak lama lagi.

Yaris Ativ akan dijanakan oleh enjin 1.2 liter Dual VVT-i empat-silinder dan dipadankan bersama transmisi automatik CVT, namun prestasi dan penjimatan bahan apinya bakal dipertingkatkan berbanding enjin 3NR-FE yang digunakan pada Yaris hatch (86 PS/108 Nm). Walau pun diketengahkan sebagai Kereta Eko, namun set keselamatannya tidak diabaikan, dengan menampilkan tujuh beg udara, VSC dan bantuan mula mendaki.

Rekaannya juga lebih komprehensif dan Yaris Ativ bukan sahaja kelihatan unik pada penghujung bahagian hadapan dan belakangnya, malah bahagian profilnya juga turut unik. Garisan sisinya melunjur ke belakang dan perumah cerminnya kelihatan lebih langsing. Malahan garisan karakteristik juga melunjur dari gerbang roda hadapan terus ke tiang-C, selain garisan lain yang dikesan pada pemegang pintunya.

Wajah hadapan Yaris Ativ didominasi oleh gril bawah yang besar dengan lampu nyalaan siang LED di atasnya. Ia turut dipadankan dengan lampu utama V tipikal Toyota serta kombinasi grilnya. Bahagian belakangnya pula tampil dengan lampu yang sedikit ranggi.

GALERI: Toyota Vios facelift 2017, spesifikasi Thailand

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required