Jika ada model yang perlu peneraju sedan segmen-C, Honda Civic 1.5 VTEC Turbo untuk diambil perhatian, ini keretanya – Hyundai Elantra 1.6 Sport 1.6 Turbo 2017.
Varian tertinggi model generasi baharu yang digelar AD ini dijana oleh enjin Gamma T-GDI 1.6 liter yang diberikan sistem suntikan bahan api terus bersama suapan pengecas turbo. Enjin tersebut menghasilkan 204 PS dan tork maksima 265 Nm atau 31 PS/45 Nm lebih berkuasa dari Civic.
Turut ‘menambah perisa’, ia digandingkan dengan transmisi automatik klac-berkembar DCT tujuh-kelajuan yang semestinya lebih responsif berbanding transmisi CVT automatik pada Civic.
Hyundai Elantra Sport 1.6 Turbo dijual pada pasaran Malaysia dengan harga atas jalan tanpa insuran RM131,488, meletakkan julat harganya juga pada aras yang sama dengan Civic. Namun setiap kereta mempunyai kelebihan dan kekurangannya sendiri. Jadi, saksi ulasan pandu uji kami terhadap model ini pada video di atas.
Untuk maklumat lanjut berkenaan perincian serta perbandingan dengan model-model lain setara dengannya, sila lawati laman CarBase.my.
GALERI: Hyundai Elantra 1.6 Sport Turbo 2017
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.