Sebuah cruiser baru akan memasuki pasaran motosikal, apabila Triumph dilihat mengeluarkan video teaser Bonneville Speedmaster 2018. Model yang dinamakan sebagai ikon baru British ini ditetapkan untuk membuat penampilan pada 3 Oktober semasa acara Triumph Factory Visitor Experience di Hinckley, United Kingdom.

Tidak banyak yang dapat dilihat melalui video ini, kerana semuanya muncul secara sekelip mata, tetapi Speedmaster boleh dijangka menggunakan enjin daripada barisan model klasik moden jenama itu, sama ada 900 cc atau 1,200 cc. Turut boleh dilihat adalah ia mampunyai rim jenis jejari dan tempat letak kaki yang lebih ke hadapan, menjadikan ia sebuah cruiser.

Turut dijangka adalah motosikal ini akan dilengkapi sistem brek ABS, yang kini diwajibkan untuk motosikal dalam pasaran Eropah, bersama sistem kawalan cengkaman serta pilihan mod tunggangan. Ciri-ciri ini boleh dilihat datang standard pada model klasik moden lain Triumph seperti Street Twin, Street Scrambler dan Thruxton R.