VIDEO: Jaguar XJ L jadi sebahagian daripada cabaran dalam perlumbaan drone – buktikan keluasan ruang

Agak menarik melihat bagaimana pengeluar kereta mempromosikan kenderaan mereka. Kali ini bagi Jaguar, mereka telah memilih untuk menjadikan model XJ L (jarak roda panjang) sebagai sebahagian daripada rintangan dalam perlumbaan drone, untuk membuktikan betapa luasnya kenderaan tersebut.

Tiga Jaguar XJ L terlibat dalam perlumbaan di antara dua pengendali drone ini, dan selain kereta itu sendiri, beberapa ‘bukaan’ yang berbentuk seperti pintu XJ L diletakkan di sekeliling ‘litar’. Pengendali drone itu pula duduk di dalam kereta.

“Saya telah terlibat dalam perlumbaan drone selama beberapa tahun, dan ini adalah kali pertama melakukan cabaran seperti ini. ‘Litar’ ini adalah satu ujian yang bagus, dan apabila dilihat kami mampu pergi dalam kelajuan tinggi melalui bukaan pintu kenderaan ini, ia membuktikan ruang luas yang ada,” kata pengendali drone berwarna biru, Brett Collis.

Jaguar XJ boleh dipilih dengan enjin petrol V6 3.0 liter 340 PS atay diesel 300 PS. Untuk yang lebih berkuasa, terdapat pilihan enjin V8 5.0 liter 510 PS, atay V8 supercharge 575 PS pada model XJR575. Antara kelengkapan untuk keselesaan yang ada pada XJ adalah termasuk tempat duduk boleh sandar dengan fungsi mengurut, meja boleh lipat dan suspensi yang ditala untuk keselesaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required