Mitsubishi Lancer Evolution MIEV – visi kereta berprestasi tinggi elektrik lebih sedekad lalu

Mitsubishi Lancer Evolution MIEV – visi kereta berprestasi tinggi elektrik lebih sedekad lalu

Mitsubishi telah mendedahkan model e-Evolution Concept pada Tokyo Motor Show 2017, iaitu konsep untuk legasi model berprestasi tinggi Lancer Evolution. Menurut Mitsubishi, kereta berprestasi tinggi berkenaan akan dihasilkan dalam bentuk SUV, dan ia tidak lagi akan dijana oleh enjin petrol turbo, sebaliknya menggunakan teknologi elektrik sepenuhnya (EV).

Namun tahukah anda, usaha Mitsubishi untuk menghasilkan Evolution elektrik ini bukan sesuatu yang baharu? Pada tahun 2005, syarikat berkenaan pernah menampilkan model konsep sedemikian yang digelar Lancer Evolution MIEV.

Evo elektrik berkenaan dihasilkan menggunakan asas Lancer Evolution IX. Model ini pernah membuat penampilan dalam dua versi, pertama dengan kit badan sama sepenuhnya seperti Evo IX petrol, dan kemudiannya ia tampil dengan kit badan ala-kereta rali dunia Lancer WRC 2005 yang turut dilengkapi spoiler belakang dua dek WRC diletakkan lebih kehadapan berbanding biasa.

Sistem motor elektrik pada kereta ini agak unik jika dibandingkan dengan rekaan-rekaan yang telah berjaya dibuat dalam bentuk produksi penuh pada pasaran buat masa sekarang. Tiada sebarang gandar digunakan di mana motor elektrik tersebut ditempatkan pada keempat-empat hab roda, sekaligus menjadikan Evo ini kekal sebagai jentera pacuan semua roda.

Disebabkan motor elektrik yang sangat besar tersebut, Evo ini juga perlu disarungkan dengan rim yang besar berdiameter 20-inci, disaluti tayar Dunlop SP Sport Maxx bersaiz 255/30ZR20. Secara keseluruhan, kesemua motor elektrik yang disuap bateri Lithium ion 95 Ah tersebut menghasilkan kuasa sekitar 270 hp dan tork maksima 518 Nm. Ini membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa 6.9 saat.

Ketika memperkenalkan kereta ini dahulu, Mitsubishi turut mengumumkan bahawa Evo elektrik berkenaan akan muncul dalam versi produksi sebenar pada tahun 2010. Nampaknya sasaran Mitsubishi tersebut telah jauh tersasar, dan mereka bakal memperkenalkan sebuah lagi konsep Evo elektrik pada tahun ini.

Mitsubishi Lancer Evolution MIEV – visi kereta berprestasi tinggi elektrik lebih sedekad lalu

Imej teaser e-Evolution Concept

GALERI: Mitsubishi Lancer Evolution MIEV

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required