Hyundai i30 N dilengkapi tayar Pirelli P Zero khas hanya untuknya – serlah karekter pengendalian

Hyundai i30 N dilengkapi tayar Pirelli P Zero khas hanya untuknya – serlah karekter pengendalian

Pembuat tayar berprestasi tinggi dari Itali bakal menghasilkan tayar yang direka khas untuk hot-hatch pertama divisi perlumbaan Hyundai N iaitu i30 N. Tayar Original Equipment (OE) tersebut akan dibina sesuai dengan karekter dinamik i30 N itu sendiri bagi menyerlahkan lagi pengedalian kereta yang digelar ‘corner rascal‘ berkenaan.

Tayar ini akan dihasilkan di kilang Pirelli yang terletak di Settimo Torinese, Itali dan ia merupakan varian unik yang dihasilkan oleh syarikat tersebut dengan dimensi 235/35R19. Tayar tersebut juga akan diberikan logo ‘HN’ pada bahagian sidewall oleh Hyundai N bagi menandakan ia bukan tayar sembarangan dan direka khas untuk jentera talaan asli divisi talaan berprestasi tinggi Hyundai berkenaan.

Usaha sama antara Pirelli dan Hyundai N ini merupakan langkah dalam strategi ‘Perfect Fit‘ yang dijalankan oleh pembuat tayar dari Itali itu. Menurut Pirelli, strategi tersebut telah menjadikan mereka peneraju untuk tayar OE, terutamanya dalam segmen pasaran premium dan berprestij.

Hyundai i30 N dilengkapi tayar Pirelli P Zero khas hanya untuknya – serlah karekter pengendalian

Hyundai i30 N dibina dengan mensasarkan Volkswagen Golf GTI dan juga Ford Focus ST sebagai saingan utama. Dijana oleh enjin petrol 2.0 liter turbo empat silinder T-GDI berkuasa 250 PS pada takat 6,000 rpm dan tork maksima 353 Nm bermula 1,450 hingga 4,000 dalam keadaan standard, manakala model yang diberikan peningkatan Performance Package mendapat lonjakan kuasa 275 PS dengan jumlah tork yang sama.

Enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear enam-kelajuan manual memacu roda hadapan, membolehkan versi standard mencatat 6.4 saat dalam pecutan 0-100 km/j, manakala versi 275 PS (juga dilengkapi LSD elektronik) pula mampu mencatatkan 6.1 saat dalam jarak pecutan yang sama.

Hyundai N kini diterajui oleh Albert Biermann iaitu bekas naib presiden kejuruteraan BMW M, manakala N pada nama Hyundai N itu sendiri bermaksud Nürburgring dan juga Namyang iaitu pusat R&D Hyundai di Korea – i30 N ini sendiri telah ditala dan diuji di litar Nürburgring lebih dari 10,000 km. Jadi, jentera ini bukan dibina berpaksikan prestasi enjin semata-mata, tetapi disasarkan sebagai jentera untuk menyerang selekoh.

Model ini secara rasmi telah dipasarkan di Malaysia, dan ia hanya di bawa sebanyak 20-unit, dijual pada harga RM298,888. Butiran lanjut berkenaan Hyundai i30 N pasaran Malaysia boleh anda baca pada PAUTAN INI.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required