Kawasaki siar teaser sport tourer supercas yang akan diperkenalkan sewaktu EICMA – berkuasa dan cekap

Satu lagi video teaser disiarkan untuk motosikal baru yang akan diperkenalkan di pameran motosikal EICMA 2017, dan kali ini datang daripada Kawasaki. Ia lebih pendek berbanding teaser yang dikeluarkan oleh Honda untuk motosikal Neo Sports Cafe, tetapi menyatakan kemunculan model supercas ketiga bagi Kawasaki.

Dalam kenyataan yang ditulis untuk video tersebut, Kawasaki memberitahu model ini adalah sebuah model sports touring dan menjanjikan “rasa kuasa yang unik dengan penggunaan bahan api yang baik.” Selain itu, model ini juga dikatakan menggunakan “teknologi supercharger yang lebih seimbang untuk kuasa tarikan tahap rpm rendah dan pertengahan yang lebih baik.”

Dua model supercas Kawasaki sebelum ini iaitu H2 dan H2R lebih fokus kepada prestasi, tetapi jika ia digunakan pula pada model sports touring, ia mungkin boleh menjadi generasi baru bagi model Z1000SX dan GTR1400, yang cukup terkenal dalam barisan model jenama Jepun tersebut.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required