LRT3: Peta bagi jajaran Bandar Utama-Klang dipamer

LRT3: Peta bagi jajaran Bandar Utama-Klang dipamer

Projek Light Rail Transit 3 (LRT3) yang dilancarkan oleh Prasarana tahun lalu akan dibina bagi menghubungkan Bandar Utama di Damansara ke Johan Setia di Klang. Terkini, syarikat itu sedang mempamerkan peta lengkap bagi jajaran sepanjang 37 km berkenaan bertempat di International Greentech and Eco Products Exhibition and Conference Malaysia (IGEM) 2017.

Apa yang dapat dilihat, laluan baru ini akan melibatkan 26 stesen dan akan melalui beberapa kawasan berkepadatan tinggi, termasuk Damansara Utama dan Shah Alam. Disasarkan akan siap menjelang tahun 2020 dan menelan belanja sebanyak RM9 billion, projek LRT3 ini dijangka akan memberi manfaat kepada 74,000 orang pengguna sehari (36,720 pengguna bagi setiap arah setiap jam) dan akan bertambah kepada 2 juta orang pada 2025.

Prasarana yang juga menguruskan laluan LRT lain sedia ada turut menjanjikan perkhidmatan bas perantara bagi meluaskan capaian kawasan yang terlibat. Bas berkenaan akan meliputi kawasan sejauh 3 km dengan tempoh pergerakan maksimum 30 minit.

LRT3: Peta bagi jajaran Bandar Utama-Klang dipamer

“LRT3 ini akan menggunakan teknologi baru iaitu ‘U-Trough’ sebagai penambahbaikan sistem konvensional sedia ada. Ini dijangka akan percepatkan proses dan masa dari segi pelaksanaan. Saya mahukan LRT3 ini mencapai standard dan aspek keselamatan bertaraf dunia,” jelas Perdana Menteri, ketika majlis pelancarannya

Prasarana melantik Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dan George Kent selaku rakan pelaksana projek ini pada September 2015. Selain itu, kontrak turut diberikan kepada syarikat-syarikat seperti Sunway Construction Group, Gabungan AQRS, WCT Holdings dan Mudajaya Group minggu lalu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required