Yamaha Tracer 900 dipertingkat untuk tahun 2018, varian Tracer GT diperkenal dengan lebih kelengkapan

Yamaha Tracer 900 dipertingkat untuk tahun 2018, varian Tracer GT diperkenal dengan lebih kelengkapan

Bersempena dengan pameran EICMA 2017, Yamaha turut mengumumkan pembaharuan yang diberi kepada model Sport Touring Tracer 900. Enjin model ini walaubagaimanapun, masih lagi sama iaitu unit tiga silinder 847 cc sama seperti MT-09, dengan padanan transmisi enam kelajuan, menghasilkan kuasa sebanyak 115 PS pada 10,000 rpm dan 87.5 Nm tork pad 8,500 rpm.

Selain beberapa perubahan kecil pada penampilannya, Tracer 2018 turut dipertingkat pada aspek ergonomik dan keselesaan melalui tempat duduk, peletak kaki penumpang serta skrin penghadang angin hadapan boleh laras yang baru. Untuk karekter kembaranya, motosikal ini diperelok dengan lengan ayun lebih panjang, tapak beg barangan tepi bersepadu dan tongkat tengah yang diberikan secara standard.

Ciri lain yang ada pada Tracer 2018 adalah kerangka aluminium CF, klac assist/slipper, D-Mode, TCS, ABS, tangki minyak 18 liter, rim 17 inci, berat 214 kg, brek cakera 298 mm di hadapan, brek cakera 245 mm di belakang, fork dengan jarak gerak 137 mm di depan, dan jarak gerak suspensi 142 mm di belakang.

Bersekali dengan pengenalan model 2018 ini, Yamaha turut memperkenalkan satu varian premium untuk Tracer iaitu Tracer GT. Model ini mempunyai tambahan kelengkapan yang lebih berprestasi tinggi termasuk quickshifter, Cruise Control, suspensi yang boleh dilaras sepenuhnya, pemanas tangan, beg barangan serta panel instrumen yang dibangunkan daripada sportsbike YZF-R1.

Tracer GT ini ditawarkan dalam tiga warna iaitu Midnight Black, Nimbus Grey dan Phantom Blue. Bagi menjadikan penampilannya lebih elegan, beg barangan yang diberi datang dalam warna sama dengan warna badan motosikal tersebut.

GALERI: Yamaha Tracer GT 900 2018


GALERI: Yamaha Tracer 900 2018

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

 

Add a comment

required

required