Renault Megane GT bakal diprebiu di Malaysia

Renault Megane GT bakal diprebiu di Malaysia

GT VERSION – 17-INCH DECARO WHEEL RIMS – OPENING ROOF – TINTED WINDOWS – FRONT AND SIDE RADAR

TC Euro Cars memberikan gambaran bahawa Renault Megane generasi terbaharu bakal mendarat pada pasaran tempatan dalam masa terdekat setelah mengumumkan Renault Megane GT bakal membuat prebiu dan juga kemunculan sulungnya di Malaysia tidak lama lagi. Kereta berkenaan sebenarnya telahpun ditemui sedang diuji pada jalan raya Malaysia pada Julai lalu.

Megane GT merupakan hatchback yang dibina dengan kerjasama divisi Renault Sport dan ia hadir dengan penampilan lebih agresif. Selain dari bampar hadapan dan belakang yang lebih garang, kereta ini turut diberikan diffuser belakang, sepasang tip ekzos krom, rim aloi kemasan gunmetal berdiameter 17-inci, serta kemasan-kemasan luar dengan elemen lebih gelap.

Kereta ini dibangunkan berdasarkan platform Common Module Family (CMF) dari Pakatan Renault-Nissan. Model generasi keempat ini dibina dengan dimensi 64 mm lebih panjang (4,359mm) dan 25 mm lebih rendah (1,447mm) serta jarak roda 28mm lebih jauh (2,669mm) dari model generasi sebelum ini.

Selain itu, ia turut diberikan sistem four-wheel steering 4Control dan juga sistem Multi Change Down pada transmisi klac berkembar EDC bagi membolehkan penurunan gear agresif dilakukan, bersama sistem launch control. Sistem Multi-Sense masih lagi menawarkan lima-mod pemanduan tetapi mod Eco kini digantikan dengan mod R.S Drive.

Walau bagaimanapun, TC Euro Cars masih lagi belum memperincikan spesifikasi yang akan diterima oleh pasaran Malaysia. Untuk pringkat global, Megane GT hadir dengan dua pilihan enjin petrol iaitu enjin 1.2 liter empat silinder turbo Energy TCe sama dengan Clio GT, tetapi dengan talaan kuasa 130 PS/205 Nm, dan yang kedua ialah enjin 1.6 liter berkuasa 205 PS/280 Nm. Kesemua enjin ini hanya dipadankan dengan transmisi EDC.

GALERI: Spyshot Renault Megane GT yang sedang diuji di Malaysia

GALERI: Renault Megane GT

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required